CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 29 May 2013

Set Soalan 8

Soalan Objektif - AMANAH

  1. Kelulusan untuk menubuhkan sesuatu akaun amanah di bawah Seksyen 9, Akta Acara Kewangan 1957 terletak di bawah kuasa

a)   Dewan Rakyat
b)   Jabatan Akauntan Negara Malaysia
c)   Perbendaharaan
d)   Dewan Negara

  1. Menteri Kewangan boleh mengeluarkan satu garis panduan bagi mengendalikan Kumpulanwang Amanah Kerajaan iaitu:

a)   Arahan Amanah
b)   Surat Arahan Amanah
c)   Surat Ikatan Amanah
d)   Ikatan Arahan Amanah

  1. Di akhir tahun, pemegang sesuatu Akaun Amanah dikehendaki menyediakan satu dokumen kewangan yang mengandungi maklumat seperti baki awal tahun, butiran lengkap urus niaga terimaan dan bayaran, baki akhir tahun dan nota pelaburan yang dikenali sebagai

a)   Sijil Pengesahan Baki
b)   Penyata Penyesuaian Amanah
c)   Senarai Baki Individu
d)   Penyata Terimaan dan Bayaran

  1. Dokumen berikut diperlukan untuk menyediakan Penyata Penyesuaian Amanah KECUALI

a)   Buku Tunai
b)   Buku Akaun Amanah
c)   Buku Daftar Pelaburan Akaun Amanah
d)   Penyata Penyesuaian bulan sebelumnya
  1. Garis panduan untuk menguruskan Akaun Amanah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 9, Akta Acara Kewangan 1957 boleh dirujuk pada

a)   SPP bil. 18/2002
b)   PP bil. 8/2004
c)   SPP bil. 18/2001
d)   PP bil. 8/2002


  1. Manakah antara berikut sumbangan yang boleh diterima oleh sesuatu  Kumpulanwang Amanah Kerajaan?

I)                   Peruntukan kerajaan
II)                 Sumbangan orang ramai
III)              Sumbangan badan berkanun
IV)              Peruntukan kerajaan negeri

a)      I dan II
b)      I, II dan III
c)      III dan IV
d)      Semua tersebut diatas

  1. Terimaan yang diterima sebelum sesuatu kod Amanah/Hasil/ Deposit diperuntukkan hendaklah di akaunkan di bawah

a)   Akaun Terimaan Tidak Diperuntukkan
b)      Pelbagai terimaan
c)      Pelbagai bayaran
d)      Lebihan dari Akaun Amanah yang lain

  1. Jawatankuasa Akaun Amanah perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya........setahun.
a)   1 kali
b)   2 kali
c)   3 kali
d)   4 kali
  1. Penyata Terimaan dan Bayaran bagi tahun berakhir 31 Disember hendaklah dikemukakan kepada Ketua Audit Negara selewat-lewatnya sebelum atau pada

a)   31 Mac tahun berikutnya
b)   30 April tahun berikutnya 
c)      30 Jun tahun berikutnya
d)      31 Julai tahun berikutnya

  1. Manakah antara berikut dikategorikan di bawah Akaun Amanah Disatukan?

I)   Kumpulanwang Amanah Kerajaan
II)  Wang Deposit
III) Akaun Amanah Awam
IV)  Akaun Amanah Khas
a)      I dan III
b)      I, II dan IV
c)      II, III dan IV
d)      Semua di atas


  1. Permohonan untuk menubuhkan Akaun Amanah hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:

a)   Surat permohonan rasmi Jabatan, Borang permohonan lengkap yang ditandatangani  Pegawai Pengawal dan draf Arahan Amanah.

b)   Surat permohonan rasmi Ketua Jabatan, Borang lengkap permohonan yang ditandatangani  Pihak Berkuasa Kewangan dan draf Arahan Amanah.

c)   Surat permohonan rasmi Ketua Jabatan, Borang lengkap permohonan yang ditandatangani  Ketua Jabatan dan draf Arahan Amanah.

d)   Surat permohonan rasmi Jabatan, borang permohonan lengkap ditandatangani Pihak Berkuasa Kewangan dan draf Arahan Amanah.


  1. Berikut merupakan fungsi Jawatankuasa Akaun Amanah KECUALI

I)       Memutuskan dasar dan tatacara berhubung penerimaan dan penggunaan wang  di dalam akaun Amanah selaras dengan tujuan penubuhannya.
II)     Menentukan semua laporan dan penyata berhubung Akaun Amanah disediakan dan dikemukakan sewajarnya seperti yang ditetapkan di dalam Arahan Amanah, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling berkaitan.
III)  Meluluskan Anggaran Perbelanjaan dan Anggaran Terimaan Tahunan.
IV)  Memastikan Akaun Amanah berbaki debit dan tidak terlebih dikeluarkan semasa meluluskan Anggaran Perbelanjaan.

a)      I sahaja
b)      I dan II
c)      I, II dan III
d)      Semua di atas.

  1. Antara isi kandungan Arahan Amanah ialah:

I)       Nama Akaun
II)     Tujuan Akaun
III)  Jawatankuasa Pentadbiran Akaun
IV)  Penyediaan Penyata Penyesuaian dan Penyata Terimaan dan Bayaran

a)      I dan III
b)      I, II dan III
c)      II, IV dan V
d)      Semua di atas

No comments:

Post a Comment