CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 26 May 2013

Set Soalan 1

1.                   Nyatakan perbelanjaan tanggungan dari belanja-belanja berikut:

I           Elaun Diraja
II          Emolumen Ketua Hakim Negara
III        Emolumen anggota Perkhidmatan Awam
IV        Bayaran pencen
V         Perbelanjaan kerana hutang negara


A         I, II, III dan IV
B          I, II, III dan V
C         I, II, IV dan V*
D         I, III, IV dan V
E          II, III, IV dan V


2.                  Nyatakan 3 hasil Kerajaan Persekutuan dari hasil berikut:

I           Cukai Pendapatan Petroleum
II          Cukai Pintu
III        Duti-duti Kastam
IV        Cukai Pendapatan Syarikat
V         Pungutan Zakat


A         I, II dan III
B          I, II dan IV
C         I, III dan IV *
D         I, III dan V
E          I, IV dan V



3.                  Maksud perbelanjaan dibahagi kepada kod tertentu. Yang manakah kod objek lanjut dari senarai kod di bawah?


A         10000  -           Emolumen
B          11000  -           Gaji dan Upahan
C         11100  -           Gaji Kakitangan Awam
D         11101  -           Gaji Biasa Kakitangan Awam *
E          11300  -           Gaji Anggota Pentadbiran dan Parlimen




4.                  Sila susun proses penyediaan belanjawan tahunan:

I           Penyediaan belanjawan di peringkat jabatan/kementerian
II          Pembentangan belanjawan di Parlimen
III        Pemeriksaan belanjawan di Perbendaharaan
IV        Parlimen meluluskan Akta Perbekalan
V         Jabatan/Kementerian menerima surat Pekeliling penyediaan belanjawan daripada Perbendaharaan

A         I, II, III, IV dan V
B          I, III, II, IV dan V
C         I, II, IV, III dan V
D         V, I, II, III dan IV
E          V, I, III, II dan IV


5                    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ingin melaksanakan beberapa program dan aktiviti dan mempunyai peruntukan seperti berikut:

I.          Program           :           Pendidikan Teknikal
            Peruntukan       :           RM 17,500,000
            a)  Aktiviti        :           Pengurusan Pendidikan Teknikal
            Peruntukan       :           RM 2, 500,000
            b)  Aktiviti        :           Pengurusan Politeknik
            Peruntukan       :           RM 5,000,000
            c)  Aktiviti        :           Pendidikan Teknikal dan Vokesional
            Peruntukan       :           RM 10,000,000


II.         Program           :           Pendidikan Tinggi
            Peruntukan       :           RM 90,000,000
            a)  Aktiviti        :           Pengurusan Pendidikan Tinggi
            Peruntukan       :           RM 80,000,000
            b)  Aktiviti        :           Pengurusan Kemasukan Pelajar IPT
            Peruntukan       :           RM 10,000,000

KPM ingin menambahkan peruntukan bagi Aktiviti Pengurusan Pendidikan Teknikal dengan memindahkan peruntukan sebanyak RM 2,000,000 dari Aktiviti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Siapakah yang berkuasa untuk meluluskan pindah peruntukan tersebut?

A         Menteri Kewangan
B          Menteri Pendidikan
C         Aauntan Negara Malaysia
D         Pegawai Pengawal
E          Ketua Akauntan KPM
6                    Apakah yang perlu dilakukan di dalam tahun semasa jika rekod penggilan telefon pejabat tuan menunjukkan bahawa sebanyak RM270.95 adalah penggilan persendirian yang telah dilakukan oleh anggota pejabat?

I           Buat kutipan bagi setiap pemanggil
II          Akaunkan keseluruhan kutipan ke dalam vot yang berkaitan
III        Akaunkan keseluruhan kutipan ke dalam tabung kebajikan kakitangan pejabat
IV        Akaunkan ke dalam Akaun Penyelesaian untuk tindakan selanjutnya

A         I sahaja
B          I dan II sahaja *
C         I dan III sahaja
D         I dan IV
E          IV sahaja


7.                  Semua kenyataan berikut adalah benar bagi pengurusan Akaun Bank Kerajaan KECUALI:

A         Penyata Penyesuaian Bank hendaklah disediakan pada masa yang ditetapkan

B          Baki akaun di bank hendaklah sentiasa berbaki kredit

C         Surat kuasa tandatangan untuk menguruskan akaun bank hendaklah di perbaharui bagi setiap pertukaran pegawai yang diberi kuasa

D         Semua urusniaga hendaklah dicatatkan di dalam Buku Tunai

E          Penyata Penyesuaian bank hendaklah disediakan pada setiap bulan dan diserahkan kepada bank *

8.                  Apakah yang perlu dilakukan jika amaun tuntutan perjalanan seseorang pegawai kurang daripada amaun Pendahuluan Diri yang telah diluluskan kepada beliau?

A         Menyelaras perbezaan amaun dengan mendebit vot perbelanjaan

B          Memohon hapuskira bagi perbezaan amaun

C         Mengutip kembali perbezaan amaun daripada pegawai

D         Memohon tambahan peruntukan dari AkaunPendahuluan Diri

E          Mengambilkira perbezaan amaun sebagai perbelanjaan tanggungan

9.                  Semua pemegang panjar …………………..

I           hendaklah menggunakan panjar hanya bagi maksud ianya diberi
II          boleh membuat rekupan lebih daripada sekali dalam sebulan
III        dibenarkan membuat perbelanjaan di antara panjar-panjar yang ada di bawah seliaannya dan menyelaraskan semua urusniaga sebelum akhir tahun
IV        hendaklah mengemukakan sijil perakuan panjar pada setiap tahun
V         hendaklah membuka akaun bank bagi semua panjar yang diterima termasuk panjar wang runcit

A         I dan II
B          I, II dan III
C         I, II dan IV
D         II dan V
E          Semua di atas


10                Berikut adalah aktiviti yang di lakukan oleh Encik Ahmad, seorang kerani kewangan di Unit Kewangan, jabatan Sumber


Tarikh

Aktiviti



12.4.2000

Menerima permohonan dari Unit Komputer yang memerlukan bekalan kertas komputer sebanyak 40 kotak. Setelah menyemak jumlah harga terlibat iaitu RM2000.00, beliau membuat pesanan melalui telefon kepada Paper Dot Com Sdn Bhd, syarikat pembekal alatulis dan kelengkapan pejabat


14.4.2000

Bekalan di hantar oleh Paper Dot Com Sdn Bhd ke Unit Kewangan sebanyak 40 kotak. Beliau menandatangani nota serahan daripada syarikat dan seterusnya menerima invois ke atas pembelian. Bekalan terus dihantar ke Unit Komputer

16.4.2000

Beliau menghubungi syarikat supaya dating ke pejabat untuk menandatangani borang pesanan tempatan


17.4.2000

Menerima panggilan telefon daripada Unit Komputer bahawa tiga kotak daripada bekalan adalah kertas fotosat dan bukan kertas computer



Berdasarkan aktiviti di atas, apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh Encik Ahmad?

I           Tidak mengeluarkan borang pesanan sebelum melakukan pembelian
II          Tidak menyemak kualiti dan kuantiti bekalan yang diterima
III        Menerima invois syarikat sebelum pembayaran dibuat
IV        menerima nota serahan sebelum bekalan dihantar ke Unit Komputer

A         I sahaja
B          II sahaja
C         III sahaja
D         I dan II
E          III dan IV

11                Semua kenyataan di bawah adalah benar bagi prosedur meyimpan selamat di dalam peti besi atau  bilik kebal KECUALI : 

A         Kehilangan anak kunci peti besi atau bilik kebal mesti dilaporkan kepada Ketua Pejabat dengan serta merta

B          Penyimpanan barang-barang persendirian di dalam peti besi atau bilik kebal tidak dibenarkan

C         Kod kombinasi bagi peti besi atau bilik kebal hendaklah ditukar setiap kali terdapat pertukaran pegawai yang bertanggungjawab

D         Resit rasmi penyimpanan selamat hendaklah diberi kepada pihak yang perlu membuat penyimpanan tersebut?

E          Kehilangan anak kunci peti besi atau bilik kebal mesti dilaporkan kepada Ketua Pejabat selewat-lewatnya tiga hari daripada hari kunci tersebut hilang

12                Resit mestilah ditulis oleh seorang pegawai dan ditandatangani oleh seorang pegawai yang lain KECUALI:

I           resit dikeluarkan oleh sistem  bermesin yang diluluskan
II          suatu bayaran tetap ada tercetak pada resit
III        kebenaran khusus telah didapati daripada Akauntan Negara Malaysia
IV        salah seorang pegawai bercuti


A         I dan II
B          I, II dan III *
C         II dan III
D         III dan IV
E          IV sahaja
13                Tindakan yang patut diambil oleh pejabat pemungut apabila menerima cek tak laku ialah:

I           menyelenggarakan satu Daftar Cek Tak laku
II          melaraskan Buku Tunai Cerakinan dan akaun berkaitan
III        menghubungi pembayar atau pengeluar cek tak laku
IV        menyelaraskan kemasukan akaun asal

A         I dan II
B          I, II dan III
C         I dan III
D         I, III dan IV
E          semua di atas



14                Laporan Sistem Perakaunan Mikro ( SPM ) yang dikeluaerkan haruslah di analisis dan di gunakan. Anatar kegunaan SPM ialah ………………….

I           menerapkan kesedaran kos

II          menggunakan sumber manusia, kewangan dan kemudahan dengan cekap

III        sebagai asas meletak harga ke atas perkhidmatan kerajaan

IV        memberi maklumat kos output untuk system belanjawan

V         mengesan perubhan trend kos



A         I dan II
B          I, II dan III
C         I, II, III dan IV
D         II, III dan IV
E          semua di atas



15.              Resit yang rosak mestilah …………………. 

A         dibatalkan dan di buangkan
B          dibuangkan dengan kebenaran pegawai atasan
C         dibatalkan dan disimpan bersama-sama salinannya untuk tujuan audit
D         dimaklumkan kepada pembayar
E          diberi kepada pembayar

Soalan 16, 17 dan 18 adalah berkaitan dengan rencana di bawah :


Kontraktor Sdn Bhd. Telah ditawarkan oleh Jabatan Kerja Raya untuk membina dan menyiapkan sebuah Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan dengan harga sebanyak RM 20 juta. Surat Setuju Terima Tender bertarikh 1 Mac 2000 telah di keluarkan oleh Ketua Pengarah JKR dan Tarikh Milik Tapak ialah 7 Mac 2000. Tarikh Tamat Kontrak ialah 28 Februari 2001. Sehingga 31 Ogos 2000 Dokumen Kontrak masih belum di tandatangani lagi. Kontraktor Sdb Bhd telah di bayar dua kali Bayaran Interim bagi penilaian kerja pada 23 April 2000 dan 30 Mei 2000. Kontraktor telah mengemukakan tuntutan yang ketiga bagi penilaian kerja pada 1 Julai 2000.


16.              Pilih kenyataan yang betul di bawah ini

A         Kontraktor sdn Bhd layak di bayar Bayaran Interim ke 3

B          kontraktor Sdn Bhd tidak layak di bayar  Bayaran Interim ke 3

C         Bayaran Interim 50% boleh di bayar dahulu

D         Bayaran Pendahuluan boleh di bayar kepada Kontraktor Sdn Bhd.

E          Tiada kenyataan yang betul


17.              Bagi membolehkan Bayaran Interim yang pertama di bayar kepada Kontraktor Sdn. Bhd ke atas penilaian kerja pada 23 April 2000, apakah syarat-syarat yang perlu di patuhi oleh kontraktor?

I           Surat Setuju Terima tender yang telah ditandatangani

II          Bon Perlaksanaan

III        Polisi Insuran untuk Kerja dan tanggungan Awam

IV        Keputusan Lembaga Perolehan

V         Surat Ikatan Penyerahan Hak


A         II, III dan IV
B          I, II, III dan I
C         I, III dan V
D         I, III , IV dan V
E          I, II dan III
18                Jika sekiranya sekolah menengah tersebut telah disiapkan pada 28 Februari 2001 dan Sijil Perakuan Siap Kerja di keluarkan pada tarikh yang sama, bilakah Tarikh Tamat tempoh Tanggungan (Liabaliti) Kecacatan ?

A         12 bulan dari Tarikh Perakuan Siap Kerja
B          12 bulan dari Tarikh Surat  Setujuterima Tender
C         15 bulan dari Tarikh Tamat Kontrak
D         12 bulan dari Tarikh Perakuan Siap Membaiki Kecacatan
E          12 bulan dari Tarikh Tamat Kontrak

19                Agensi-agensi kerajaan boleh membuat pembelian terus daripada mana-mana pembekal untuk satu item atau kelas item bagi

A         Bekalan dan perkhidmatan melebihi RM 10,000 tetapi kurang dari RM50,000 setahun

B          Perolehan kerja melebihi RM20,000 hingga RM50,000

C         Bekalan dan perkhidmatan tidak melebihi RM10,000

D         Bekalan dan perkhidmatan bernilai dari RM50,000 tetapi kurang dari RM100,000

E          Perolehan kerja bernilai dari RM50,000 tetapi kurang dari RM100,000

20                Satu Pusat tanggungjawab di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ingin mencetak 2 set buku program, satu untuk program Hari Warga Tua dan satu lagi untuk Hari Wanita, dalam tahun 2000 dengan anggaran kos RM35,000 setiap set cetakan buku program. Apakah yang perlu dilakukan ?


A         membuat pembelian terus dari mana-mana pembekal dalam bidang yang berkenaan

B          membuat pembelian terus dari pembekal bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkenaan

C         membuat pembelian terus dengan syarikat yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor

D         mempelawa sebutharga dari 5 pembekal Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkenaan

E          mempelawa sebutharga dengan mana-mana 5 pembekal dalam bidang yang berkenaan
21                Bayaran kerja lebih masa boleh dibayar kepada jenis tugas seperti perkhidmatan kaunter, pemerosesan, penyeliaan dan pengawasan jika memenuhi syarat-syarat berikut:

I           Kerja-kerja kecemasan

II          Kerja mustahak dan tidak boleh di tangguhkan kepada hari berikutnya oleh sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan

III        Kerja-kerja yang dikehendaki di buat oleh anggota melebihi daripada bidang tugas biasa

IV        Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangka masa terhad

A         I sahaja
B          I dan II
C         I, II dan III
D         I, II dan Iv
E          Semua di atas


22                Encik Ali Baba adalah seorang pegawai perubatan Gred U3 yang menerima gaji hakiki sebanyak RM3,121 (P1T22). Beliau telah diberi kelulusan untuk memangku jawatan Gred U2. Gaji permulaan bagi Gred U2 pada tangga PITI ialah RM3,131 manakala tangga gaji P1T2 ialah RM3,280. Berapakah elaun memangku setiap bulan yang diterima oleh Encik Ali Baba?

A         RM 10.00
B          RM 159.00
C         RM 149.00
D         RM 760.25
E          RM 757.75


23.              Puan Alia Ahmad seorang Pembantu Tadbir Gred N9 di Bahagian Kewangan telah di arah untuk menanggung kerja Encik Rahman seorang Pembantu Tadbir Gred N9 di Bahagian Perkhidmatan Teknikal mulai 12 November 1999 hingga 16 Januari 2000. Gaji permulaan jawatan Gred N9 ialah RM530.00. Hitungkan jumlah Elaun Tanggungan Kerja yang diterima oleh Puan Alia Ahmad dalam tempoh tersebut.

A         RM530.00
B          RM200.89
C         RM284.81
D         RM132.50
E          RM216.42
24.              Bagi pembayaran imbuhan tahunan, kategori pegawai berikut layak menerima imbuhan ini KECUALI:

I           Pegawai bertaraf sambilan dan sangkut
II          Pegawai yang mengambil cuti tanpa gaji di sepanjang tahun
III        Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam atau di bersarakan atas kepentingan perkhidmatan
IV        Pegawai yang bercuti bergaji penuh atau separuh gaji

A         I sahaja
B          I dan II
C         I, II dan III
D         II dan III
E          III dan IV


25.              Peruntukan Elaun Lebih Masa ada dinyatakan di dalam surat pekeliling perkhidmatan berikut KECUALI :


A         Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 21 tahun 1977
B          Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 1980
C         Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 8 Tahun 1989
D         Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 1990
E          Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 9 Tahun 1997



26                Encik Saiful adalah seorang Penolong Akauntan Gred W5. Beliau menerima gaji sebanyak RM2,041, Imbuhan Tetap Perumahan RM90 dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM115. Beliau telah diarahkan oleh pegawai atasannya untuk menanggung kerja Pn Hamidah, seorang Akauntan Gred W3 yang cuti bersalin. Gaji permulaan yag terendah bagi jawatan Akauntan ialah RM1,632(P1T8). Berapakah jumlah pendapatan sebulan yang diterima oleh Encik Saiful.


A         RM1,632
B          RM2,038
C         RM2,449
D         RM2,654
E          RM408




27.              Sebelum membuat bayaran, Pegawai Pembayar hendaklah berpuashati dengan perkara-perkara berikut KECUALI :

A         Kebenaran bagi melakukan perbelanjaan telah di dapati
B          Bayaran menyebabkan lebihan atas pecahan maksud/akaun amanah
C         Perakuan di tandatangani oleh pegawai yang berhak di beri kuasa
D         Potongan caruman, pendahuluan yang sepatutnya telah di buat
E          Peruntukan adalah mencukupi untuk membuat bayaran


28        Puan Mawar adalah seorang Akauntan Gred W3 sedang menerima gaji RM2085 sebulan dan bertugas di Johor Bahru, telah mengikuti kursus selama 2 hari mulai jam 8.00 pagi hingga 4.15 petang di bangunan bersebelahan dengan pejabatnya. Pihak penganjur tidak menyediakan kemudahan makanan sepanjang hari kursus. Adakah beliau layak menuntut elaun sara hidup kerana menghadiri kursus tersebut, dan berapa jumlahnya?

            A         RM40.00
            B          RM5.00
            C         RM8.00
            D         RM10.00
            E          Tidak layak




Bagi soalan 29 dan 30 adalah bekaitan dengan rencana di bawah :-

Encik Abu seorang pegawai Gred W2 bertugas di Wisma Putra, Kuala Lumpur. Gaji beliau adalah RM3,168.00 sebulan. Beliau layak elaun hotel sebanyak RM160.00, elaun makan RM45.00 dan elaun lojing RM54.00. Pada 30 Mei 2000 jam 8.30 pagi, beliau bertolak ke Johor Bahru atas urusan rasmi dan membawa kereta sendiri atas kelulusan ketua jabatannya. Di Johor Bahru beliau telah mendaftar masuk di hotel pada jam 3.00 petang. Kemudian beliau terus ke Singapura pada 1 Jun 2000 jam 11.50 pagi untuk menyambung tugas rasminya di sana selama 2 hari lagi. Wisma Putra telah menyediakan tempat penginapannya di Singapura. Pada 4 Jun 2000, beliau berangkat pulang mulai jam 8.00 pagi. Di dalam perjalanan, keretanya  mengalami kerosakan. Akhirnya Encik Abu selamat sampai ke Kuala Lumpur pada jam 7.30 malam pada hari yang sama.







29    Apakah tindakan yang perlu diambil oleh En. Abu semasa menyediakan tuntutan perjalanan untuk tugas rasminya ke Johor bahru dan Singapura?

I           Tuntutan perjalanan bagi tugas rasmi tempoh 30 Mei hingga 31 Mei 2000 dimasukkan ke dalam Penyata Tuntutan bulan Mei 2000

II          Tuntutan perjalanan di kemukakan tidak lewat daripada 10 haribulan dalam bulan yang berikutnya

III        Mengemukakan resit asal hotel dan resit-resit lain yang berkaitan

IV        Memasukkan tuntutan elaun perjalanan kenderaan pergi dan balik

V         Menuntut elaun lojing selama beliau berada di Singapura


A         I, II, III dan IV
B          I, II, III dan V
C         II,III dan IV
D         II, III dan V
E          Semua di atas

30                Berapakah jumlah elaun hotel, elaun makan dan elaun harian yang boleh di tuntut oleh Encik Abu untuk tugas rasminya di Johor bahru dan Singapura?

A         RM362.50
B          RM407.50
C         RM477.50
D         RM522.50
E          RM567.50


31                Arahan Perbendaharaan 150 menetapkan tempoh minimum 7 tahun untuk penyimpanan rekod-rekod kewangan tertentu. Sila pilih rekod-rekod tersebut.

I           Baucar bayaran
II          Daftar pinjaman hutang awam
III        Penyata pemungut
IV        Baucar Jurnal
V         Buku wang tunai

            A         I, II dan III
            B          I, III, IV dan V
            C         I, IV dan V
            D         II, IV dan V
            E          Semua di atas
32.              Tandatangan seseorang …………….  atau wakilnya yang di beri kuasa adalah memperakui tentang betulnya setiap butiran dalam baucar.

A         Pegawai Perakaunan
B          Pegawai Kewangan Negeri
C         Pegawai Pembayar
D         Pegawai Pengawal
E          Pegawai Perakaunan Negeri


33.              Mengikut kehendak Akta Acara Kewangan, akaun yang berasingan perlu di selenggarakan di bawah Kumpulan Wang Persekutuan/Negeri Disatukan iaitu:

I           Akaun Pelaburan Disatukan
II          Akaun Amanah Disatukan
III        Akaun Deposit Disatukan
IV        Akaun Pinjaman Disatukan
V         Akaun Hasil Disatukan

A         I, II dan III
B          II , III dan IV
C         I, III dan V
D         II , IV dan V
E          III, IV dan V


Soalan 34 dan 35 adalah berkaitan dengan rencana di bawah :-


Sepanjang bulan Februari 1999 Pejabat A telah mengemukakan sebanyak 50 baucar bayaran berjumlah RM150,000.00 dan 10 penyata pemungut yang berjunlah RM55,000.00 kepada pejabat pembayar dan telahpun di catatkan di dalam buku vot dan buku tunai.. Pada awal bulan berikutnya  Pejabat A menerima Laporan Terperinci Perbelanjaan dan Laporan Terperinci Hasil. Didapati 5  baucar bayaran ( berjumlah RM30,000.00) dan 3 penyata pemungut ( berjumlah RM5,000.00) tiada dalam laporan tersebut dan didapati juga satu urusniaga kredit yang berjumlah RM550.00 dalam Laporan Terperinci Perbelanjaan tiada tercatat di dalam buku vot.








34.              Berapakah amaun perbelanjaan dan amaun hasil yang telah diambilkira oleh kedua-dua pejabat A dan Pejabat Pembayar?

PERBELANJAAN                  HASIL

A         RM 150,000                            RM 55,000
B          RM 120,000                            RM 50,000
C         RM 120,000                            RM 35,000
D         RM 150,550                            RM 35,000
E          RM 120,550                            RM 550


35.              Berapakah amaun perbelanjaan dan hasil yang perlu di masukkan di dalam penyata penyesuaian perbelanjaan dan hasil Pejabat A ?


PERBELANJAAN                  HASIL

            A         RM 55,550                              RM 50,000
            B          RM 30,550                              RM 55,000
            C         RM 55,550                              RM 49,500
            D         RM 35,550                              RM 55,000
            E          RM 30,550                              RM 5,000


36.              Pilih kenyataan yang BETUL mengenai waran peruntukan

I           Waran peruntukan di keluarkan oleh Menteri Kewangan setelah diluluskan oleh Parlimen

II          Waran peruntukan  memberi kuasa kepada semua Pegawai Pengawal untuk berbelanja

III        Tempoh sah waran peruntukan adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember

IV        Waran peruntukan terdiri dari Waran Tarik Balik, Waran Sekatan, Waran Am dan Waran Luar Jangka


A         I dan II
B          II dan III
C         I, II dan III
D         II, III dan IV
E          Semua betul


3 comments: