1.
Baucar bayaran bertarikh 5 Mac 2002 berjumlah
RM8,800.00 beserta bil dan Pesanan Tempatan bertarikh 15 November 2001 dan
lain-lain dokumen yang telah lengkap diisi telah dikemukakan ke Pejabat
Pembayar pada bulan Mac 2002. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Pejabat
Pembayar sebelum meluluskan bayaran ke atas baucar tersebut?
A Meluluskan bayaran di bawah Akaun Kena
Bayar dengan menggunakan peruntukan tahun lepas
B Meluluskan bayaran di bawah Arahan Perbendaharaan 58 (a) dengan menggunakan
peruntukan tahun
semasa
C Meluluskan bayaran di bawah Arahan
Perbendaharaan 58 (a) dengan menggunakan peruntukan tahun lepas
D Meluluskan baucar tersebut dengan
menggunakan peruntukan tahun semasa
E Baucar
bayaran tidak boleh diluluskan kerana akaun tahun lepas telah ditutup
Soalan 2 dan 3 merujuk kepada kenyataan berikut:-
Encik Hasan bin Husin,
seorang pegawai Gred W3 bertugas di Kementerian Pendidikan, Kuala Lumpur telah diarah menjalankan tugas
rasmi di Kota Kinabalu dan Sandakan Sabah. Pada 20 Mac 2001 jam 8.30 pagi
beliau bertolak ke KLIA dengan menaiki teksi. Beliau menaiki kapalterbang
dengan menggunakan waran perjalanan kapalterbang pergi dan balik dan sampai ke
Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi. Di Kota Kinabalu beliau mendaftar di hotel
pada jam 2.30 petang. Beliau bertolak ke Sandakan
pada 24 Mac 2001 jam 2.00 petang dan tidak menginap di hotel. Pada 28 Mac 2001
berliau berangkat balik ke Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang dari
Sandakan jam 2.30 petang dan sampai di Kota Kinabalu jam 4.30 petang.
Penerbangan balik ke Kuala Lumpur
telah di tangguh sehingga jam 8.00 malam kerana kerosakan kapalterbang. Beliau
sampai ke KLIA jam 12.00 malam, seterusnya menaiki teksi ke rumah dan tiba pada
jam 1.00 pagi.
Maklumat Tambahan
Gaji Encik Hasan bin Husin : RM
2,230.80
Kelayakan elaun hotel : RM
145.00
Bil hotel Kota Kinabalu : RM
120.00
Elaun makan : RM 50.00
Elaun lojing : RM 54.00
2.
Apakah elaun-elaun yang boleh dituntut oleh Encik Hasan
bin Husin.
I Tambang
Pengangkutan Awam
II Bayaran
sewa hote III Elaun makan
IV Elaun
harian
V Elaun
lojing
VI Elaun
gantian tetap
VII Elaun
perjalanan kenderaan
A.
I, II , III dan VII
B.
I, II, III, IV dan V
C.
I, II dan III
D.
I, II, III, VI dan VII
E.
Semua di atas
3.
Berapakah jumlah elaun makan dan elaun lojing yang
boleh dituntut oleh Encik Hasan bin Husin ?
A RM
616.00
B RM 695.00
B RM 695.00
C RM
595.00
D RM
650.00
E RM
716.00
4.
Mengikut Arahan Perbendaharaan 118 (a), mana-mana cek
yang tidak di tunaikan pada akhir tempoh tiga bulan dari tarikh ianya di
keluarkan hendaklah disifatkan sebagai terbatal. Apakah catatan beregu untuk
urusniaga tersebut?
A Debit –
Akaun Penyelesaian Cek Tebatal
Kredit – Akaun Tunai
B Debit
- Akaun Tunai
Kredit - Akaun Penyelesaian Cek Terbatal
C Debit -
Akaun Penyelesaian Cek Terbatal
Kredit - Akaun Amanah/Hasil
D Debit -
Akaun Amanah/Hasil
Kredit – Akaun Penyelesaian Cek
Terbatal
E Debit
- Buku Vot
Kredit – Akaun
5.
Pilih kenyataan yang BETUL mengenai Panjar Wang Runcit
I Mana-mana jabatan yang
memerlukan Panjar Wang Runcit hendaklah mengemukakan permohonan kapada Akauntan
Negara Malaysia
II Perbelanjaan yang dibenarkan melalui
Panjar Wang Runcit adalah perbelanjaan
yang segera yang melebihi RM 200.00 bagi setiap perbelanjaan
III Bagi Panjar Wang Runcit
yang melebihi RM500.00, Jabatan yang memegang panjar itu hendaklah membuka
akaun bank bagi menyimpan panjar itu.
IV Baucar rekupmen hendaklah
di sokong dengan baucar-baucar kecil atau resit-resit mengenai perbelanjaan
yang telah dibuat
V Pemegang panjar hendaklah
merekodkan segala perbelanjaan yang dibuat ke dalam Buku Tunai Wang Runcit
A I sahaja
B I , II , III dan V
C I , IV dan V
D I, II dan V
E semua di atas
6.
Syarikat G Enterprise Sdn Bhd telah menghantar barang
yang dipesan oleh Encik Ahmad bin Ismail dari JANM. Apakah tindakan yang perlu
diambil oleh beliau sebelum membuat bayaran
kepada syarikat tersebut?
I.
Semak
nota serahan, inbois dan borang pesanan kerajaan dengan teliti
II.
Pastikan kualiti dan kuantiti barang yang diterima
adalah mengikut spesifikasi seperti yang terdapat di dalam borang pesanan
kerajaan
III.
Rekodkan barang-barang yang diterima dengan tepat dan
betul ke dalam buku stok dengan merujuk kepada bil dan salinan asal borang
pesanan kerajaan
IV.
Rekodkan inbois ke dalam buku daftar bil
V.
Inbois, borang pesanan kerajaan dan nota serahan
dikepilkan dengan baucar bayaran untuk dibuat bayaran
A I,
II , III dan IV
B I,
II dan III
C I,
II, III dan V
D V sahaja
E semua di atas
7.
Pegawai
Pengawal telah mengemukakan baucar bayaran berjumlah RM7,800.00 beserta borang
kawalan kelompok dan lain-lain dokumen sokongan kepada Pejabat Pembayar. Apakah
tindakan oleh Pegawai Pembayar sebelum meluluskan baucar bayaran tersebut.
I Memastikan borang kawalan kelompok
lengkap diisi dan disertakan dengan bilangan baucar bayaran yang secukupnya
II Memastikan butir-butir pada baucar
bayaran adalah sama dengan pesanan kerajaan dan inbois/bil
III Memastikan baucar bayaran telah
disediakan, disahkan dan diperakui oleh
pegawai yang diberi kuasa
IV Memastikan baucar bayaran disokong oleh
salinan asal pesanan kerajaan, inbois, nota serahan dan lain-lain dokumen
sokongan
A I, II dan IV
B I dan III
C II, III dan IV
D I, II dan III
C II, III dan IV
D I, II dan III
E semua
diatas
8.
Takrif
Kerja Siang bagi pembayaran elaun lebih masa ialah sebarang giliran bertugas
tambahan yang dibuat diantara jam …..
A 8.00
pagi – 4.15 petang
B 7.30
pagi – 4.00 petang
C 6.00
pagi – 10.00 malam
D 8.15
pagi – 4.45 petang
E 4.45 petang – 12.00 malam
E 4.45 petang – 12.00 malam
9.
Encik Omar seorang pemandu di Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Kuala Lumpur bergaji RM 801.90 sebulan. Beliau telah di
arahkan menjalankan kerja lebih masa oleh pegawainya. Berikut adalah kenyataan
kerja lebih masa yang telah dijalankan:-
Tarikh Waktu kerja lebih masa
1 April 2001 8.00
pagi – 11.00 pagi
( Ahad –
bukan Hari kelepasan Am )
7 April 2001 1.00
tgh – 4.00 ptg
(Sabtu) 4.00 ptg – 7.00 mlm
8 April 2001 8.00
pagi – 12.00 tgh
( Ahad –
bukan hari kelepasan Am )
Sila
hitungkan elaun lebih masa yang layak dituntut oleh Encik Omar
A RM 56.16
B RM 87.36C
C RM 99.84
C RM 99.84
D RM 74.80
E RM 62.40
10.
Potongan WAJIB dalam pembayaran gaji terdiri daripada
potongan-potongan berikut :-
I Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja
II Tabong
Haji
III Biro Angkasa
IV Cukai Pendapatan
A I
dan II
B I
dan III
C I
dan IV
D II,
III dan IV
E Semua di atas
11.
Seorang pegawai yang telah memangku sesuatu jawatan
bagi tempoh yang disyaratkan dan kemudian meninggalkan jawatan yang dipangkunya
selama 28 hari atau lebih berturut-turut termasuk hari kelepasan am, maka
pegawai berkenaan tidak layak dibayar elaun pemangkuan bagi tempoh berkenaan
KECUALI:-
I Menghadiri kursus yang diarahkan oleh
kerajaan
II Meninggalkan jawatan untuk menjalankan
tugas rasmi
III Dibenarkan bercuti sakit yang disokong
oleh sijil sakit
IV Bercuti rehat
A I
sahaja
B I dan II sahaja
C I, II dan III sahaja
D IV
sahaja
E Semua
di atas
12.
Encik
Ahmad bin Saad seorang pegawai Gred M3 bergaji RM 2025.10 telah menanggung
kerja Encik Zulkifli bin Saleh pegawai Gred M3 di Bahagian Pembangunan
Organisasi, JPA mulai 16 Disember 2000 hingga 15 Februari 2001. Gaji permulaan
jawatan yang ditanggung kerja ialah sebanyak RM 1516.90 sebulan. Gaji yang
diterima oleh Encik Zulkifli bin Saleh RM 2025.10. Berapakah elaun tanggung
kerja yang diterima oleh Encik Ahmad bin Saad dalam tempoh tersebut?
A RM
778.12
B RM
1516.90
C RM
2025.10
D RM 508.20
E RM
379.23
13
Belanjawan Negara mengandungi dua komponen utama iaitu:
A Hasil Negara dan Perbelanjaan Negara
B Hasil
Negara dan Perbelanjaan Mengurus
C Perbelanjaan
Pembangunan dan Perbelanjaan Mengurus
D Perbelanjaan
Mengurus dan Perbelanjaan Tanggungan
E Perbelanjaan Bekalan dan Perbelanjaan Tangungan
14.
Sila
nyatakan perbelanjaan bekalan dari
senarai berikut:-
I Gaji
anggota perkhidmatan awam
II Perbelanjaan
perjalanan anggota perkhidmatan awam
III Bayaran utiliti seperti air dan elektrik
IV Bayaran sewa pejabat kerajaan
V Perbelanjaan kerana hutang Negara
A I, II, III dan IV
B I, II, III dan V
C I, II, IV dan V
D II, III, IV dan V
E Semua di
atas
15.
Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2001 menerangkan
penyediaan cadangan perbelanjaan untuk tempoh …….. tahun
A Satu
B Dua
C Tiga
D Empat
E Lima
16.
Kerajaan Persekutuan mengamalkan konsep Kumpulanwang
Disatukan di mana semua terimaan dan bayaran di buat ke dalam dan dari akaun
tersebut KECUALI:-
I Kumpulanwang Hasil Disatukan
II Kumpulanwang Amanah Disatukan
III Kumpulanwang Kena Bayar Disatukan
IV Kumpulanwang Pinjaman Disatukan
V Kumpulanwang Zakat Disatukan
A I dan II
B II da IV
C II
dan V
D III
dan V
E Semua di
atas
17.
Parlimen memberi kuasa kepada kerajaan untuk melakukan
perbelanjaan dari Kumpulanwang Hasil
Disatukan melalui :-
A Akta Acara Kewangan ( 1957 )
B Akta Perbekalan
C Arahan Perbendaharaan
D Menteri Kewangan Malaysia
E Perlembagaan
18.
Kementerian Pertahanan telah melaksanakan satu projek
di bawah peruntukan pembangunan. Projek tersebut di jangka siap tahun 2001.
Kontraktor telah mengemukakan tuntutan bayaran kemajuan tahun 1999 pada bulan
Februari tahun 2000. Pilih kenyataan yang BETUL di bawah:-
A Bayaran kemajuan tersebut boleh dibayar
dalam tahun 2000 dengan menggunakan peruntukan pembangunan tahun 2000
B Bayaran hendaklah di buat di bawah
Arahan Perbendaharaan 58 (a)
C Bayaran hendaklah di buat di bawah
Arahan Perbendaharan 59
D Bayaran kemajuan tersebut hanya boleh
di bayar dengan menggunakan peruntukan pembangunan tahun 2001
E Bayaran
kemajuan tersebut boleh di bayar dalam tahun 2000 tetapi menggunakan peruntukan
pembangunan tahun 1999
19.
Apakah yang dimaksudkan Akaun Kena Bayar di bawah asas
perakaunan tunai ubahsuai?
A Membenarkan bekalan dan perkhidmatan
yang di terima sehingga 31 Disember sesuatu tahun di bayar dan di kenakan
kepada akaun tahun berikutnya
B Membenarkan bekalan dan perkhidmatan
yang diterima pada sesuatu tahun di bayar selewat-lewatnya di dalam bulan
Disember tahun berkenaan
C Membenarkan bekalan dan perkhidmatan
yang diterima sehingga 31 Disember sesuatu tahun di bayar di dalam bulan
Januari tahun berikutnya dan dikenakan kepada akaun tahun di mana bekalan
perkhidmatan itu diterima
D Tidak membenarkan bekalan dan
perkhidmatan yang diterima pada tahun sebelumnya di bayar sehingga mendapat
kelulusan daripada Perbendaharaan
E Satu akaun amanah yang bersifat sementara dan di
dalamnya di perakaunkan semua amaun bagi bekalan dan perkhidmatan yang masih
belum di bayar.
20.
Manakah kenyataan berikut yang BETUL bagi Akaun Amanah
Disatukan bagi Kerajaan Persekutuan
I Sebahagian Akaun Amanah mempunyai
peruntukan yang diluluskan di Parlimen
II Baki
di akhir tahun luput dan tidak di bawa ke tahun berikutnya
III Satu kod perakaunan Akaun Amanah perlu
diwujudkan sebelum Akaun Amanah dapat digunakan
IV Setiap Akaun Amanah ditadbir melalui
tatacara pengendalian Akaun Amanah seperti tercatat di dalam Arahan
Perbendaharaan
A I,
II dan IV
B I,
III dan IV
C III
dan IV
D IV sahaja
E Semua di atas
21.
Kedudukan kecairan sesuatu organisasi boleh diukur
daripada …..
A Bilangan cek yang di keluarkan
B Baki tunai di bank
C Bilangan baucar bayaran yang belum
diproses
D Baki pelaburan di dalam pasaran saham
E Bilangan
cek yang di bankkan
22.
Nyatakan instrumen pembayaran yang digunakan oleh
kerajaan :
I Cek
II Pemindahan telegraf
III Nota debit
IV Surat
kredit
A I dan II
B I, II dan III
C I dan III
D I, II dan IV
E Semua
di atas
23.
Penyediaan baucar jurnal adalah untuk ……
A Memperakaunkan terimaan cek ke dalam
Buku Tunai
B Memperakaunkan bayaran bagi
pengeluaran cek
C Melaras urusniaga perakaunan di dalam
lejar
D Melaras urusniaga dividen di dalam Buku
Tunai
E Memperakaunkan
perbezaan di antara Buku Tunai dengan penyata bank
24.
Semua urusniaga kerajaan di akaunkan mengikut asas
tunai iaitu berasaskan …….
A Terimaan
dan bayaran
B Akaun
belum bayar dan akaun belum terima
C Akaun
Kena Bayar
D Terimaan
dan tanggungan perbelanjaan
E Kutipan hasil
Soalan 25 dan 26 adalah berkaitan dengan rencana di bawah
Pembiayaan komputer yang
di pohon oleh Encik Tuah bin Jebat telah di luluskan oleh Ketua Jabatannya
dalam tahun 1994. Harga belian komputer yang telah dikemukakan bersama
permohonannya adalah RM 5,560.00. Beliau telah menjelaskan bayaran deposit. Cek
pembayaran pembiayaan dikeluarkan atas nama beliau dalam bulan Mei 1994.
Bayaran balik komputer selama 48 bulan adalah teratur dan mengikut jadual.
Dalam bulan Disember 1997, beliau bercadang untuk meningkatkan keupayaan
komputer peribadinya dengan menambah aksesorinya dengan memohon pembiayaan
komputer kali kedua
25.
Bayaran balik pembiayaan komputer melalui potongan gaji
bulanan Encik Tuah bin Jebat selewat-lewatnya di mulakan dari gaji bulan ………. 1994.
A Mei
B Jun
C Julai
D Ogos
E September
26.
Adakah beliau layak untuk memohon pembiayaan komputer
kali kedua dalam tahun 1997?
A Tidak
layak : bayaran balik pinjaman pertama
belum habis
B Layak :bayaran balik pinjaman pertama telah melebihi 36 bulan
C Tidak
layak : tempoh pinjaman pertama belum
cukup 60 bulan
D Layak : baki
pinjaman pertama diselesaikan dan boleh mengambil pinjaman kedua
E Tidak
layak : pembiayaan komputer hanya
diberikan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatannya.
27.
Semua kenyataan berikut adalah benar bagi mengurus
deposit KECUALI :-
A Akaun deposit hendaklah dibuka mengikut
jenis deposit yang di terima
B Resit hendaklah diberi kepada
pendeposit apabila sesuatu deposit diterima
C Deposit yang tidak dituntut selepas
tempoh 12 bulan hendaklah di wartakan
D Buku
tunai dan daftar deposit hendaklah dikemaskini pabila deposit di terima
E Baucar bayaran balik deposit hendaklah
disertakan dengan resit asal atau surat
sumpah sekiranya resit asal hilang
28.
Apakah tindakan yang boleh di ambil oleh pusat
tanggungjawab jika sesuatu barang / perkhidmatan yang dipesan oleh pegawai awam
telah dibekalkan dengan sempurna tetapi tidak mematuhi peraturan?
A Menolak
bil bagi barangan tersebut tanpa membuat pembayaran
B Bil hendaklah dibayar dengan segera
dan di pertanggungkan kepada peruntukan yang diluluskan.
C Bil hendaklah di bayar dengan segera
dan di pertanggungkan kepada Akaun Kumpulanwang Pendahuluan Diri atas nama
pegawai awam yang bertanggungjawab/ Pegawai Pengawal
D Bil hendaklah dibayar dengan segera dan
di pertanggungkan kepada Akaun Kumpulanwang Pendahuluan Diri atas nama Pegawai
Pengawal selama 65 hari
E Menerima
bil dan barangan dan pembayarannya selepas 30 hari dari tarikh penerimaan
29.
Seseorang pegawai tidak boleh menerima wang awam
KECUALI setelah di beri ..
A Arahan dari ketua unit
B Arahan secara lisan dari
pemungut
C Kebenaran bertulis dari
pemungut
D Arahan dari pegawai atasan
E Arahan bertulis dari
juruwang yang bercuti
30
Pusat
Tanggungjawab / Jabatan perlu melakukan penyesuaian akaun hasil atas
sebab-sebab :-
I Memastikan
ketepatan pengakaunan amaun dan kod jenis hasil
II Memastikan segala hasil yang direkod
dalam Buku Tunai jabatan telah sebenarnya dimasukkan ke dalam bank
III Memastikan semua pungutan yang telah
dimasukkan ke bank telah diakaunkan dengan betul oleh Pejabat Perakaunan
IV Melaporkan
urusniaga yang tidak sah kepada Pejabat Perakaunan
A I
dan II
B I,
II dan III
C I
dan III
D I,
III dan IV
E Semua di atas
31
Berikut merupakan kewajipan pemungut untuk memastikan
akaun mereka adalah betul KECUALI :-
A Menyemak
semua catatan dalam resit, buku tunai dan lain-lain buku akaun setiap hari
B Menandatangani
ringkas dan mencatat tarikh semak di Buku
cerakinan
C Menyemak
semua resit yang dikeluarkan dari stor setiap hari
D Menyemak laporan pungutan yang
dikeluarkan oleh pejabat Perakaunan
E Menyemak jumlah bayaran
masuk bank
32.
Dalam Sistem Perakaunan Mikro, komponen kos output terdiri
daripada ……..
I Kos bahan
langsung
II Kos buruh
langsung
III Kos langsung
lain
IV Kos tak
langsung
A I dan II
B I, II dan III
C II, III
dan IV
D III dan
IV
E Semua di atas
32
Cik Rosnah bt Johari ialah seorang kerani yang
bertanggungjawab menulis resit bagi terimaan wang di Kementerian Pendidikan.
Dalam satu urusan, beliau telah tersilap catat amaun terimaan RM 50.00 sebagai
RM 500.00 dalam resit. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh beliau dalam kes
ini?
I Meminda
amaun pada resit berkenaan dan menandatangani ringkas
II Batalkan
resit yang silap dan keluarkan resit yang baru
III Musnahkan
resit yang silap
IV Simpan
resit silap beserta salinannya untuk tujuan audit
A I
B II
C II
dan III
D II dan IV
E Semua di atas
33
Polis
Diraja Malaysia ingin membuat pembelian pakaian bagi misi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu kepada anggota-anggotanya yang menyertai misi tersebut.
Anggaran perbelanjaan bagi bekalan tersebut berjumlah RM 180,000.00. Anda
dikehendaki menasihati jabatan ini kaedah perolehan dan syarat yang perlu
dipatuhi dalam melaksanakan perolehan tersebut.
A Membuat belian terus daripada pembekal
bartaraf Bumiputra yang diketahui menawarkan harga yang berpatutan
B Mempelawa sebutharga di kalangan lima (5) syarikat pembekal
bertaraf Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
C Mempelawa sebutharga di kalangan lima (5) syarikat pembekal
yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
D Mempelawa tender terbuka
E Mempelawa
tender di kalangan syarikat pembekal bertaraf Bumiputra
34
Barang-barang yang diimport oleh Jabatan/Agensi untuk
serahan di Malaysia
sama ada melalui, darat, laut atau udara adalah dilindungi oleh Akaun Amanah
Wang Insuran Barang-barang Kerajaan. Takat liputan Akaun Amanah ini adalah
seperti berikut KECUALI:-
A Penghantaran barang-barang ke lokasi
cawangan dalam Malaysia
selepas di terima oleh destinasi terakhir
B Semua risiko sebagaimana yang
ditetapkan di dalam Institute Cargo Clauses
C Daripada gudang atau kilang di luar
negara kepada stor kerajaan di Malaysia
D Perjalanan
pergi ke negara pembekal untuk gantian
E Perjalanan
balik ke destinasi terakhir apabila barang itu dipulangkan oleh pembekal
selepas dibaiki
36.
Pilih kenyataan yang BETUL mengenai Bayaran Pendahuluan
bagi kontrak kerja :
I Bayaran Pendahuluan adalah di
benarkan bagi kerja yang dibuat oleh kontraktor tempatan sahaja
II Jumlah
Bayaran Pendahuluan adalah sama dengan Jaminan Bank
III Jumlah Bayaran Pendahuluan adalah 15%
daripada nilai kerja tertakluk kepada had maksimum RM 5 juta sahaja
IV Bayaran Pendahuluan boleh dibuat tidak
lebih dari 3 kali dalam tempoh 4 bulan pertama selepas keluarnya Surat Setuju
Tawaran dan sebelum perjanjian di tandatangani secara rasmi
A I,
II dan IV
B I,
II dan III
C I,
III dan IV
D II
dan IV
E Semua di atas
37.
Sebelum sesuatu Lembaga Perolehan mempertimbangkan
sesuatu tender, terdapat beberapa proses yang perlu dipatuhi oleh setiap
Jabatan yang ingin membuat perolehan. Susun proses tersebut mengikut urutan :-
I Pengiklanan
Tender
II Penilaian
Tender
III Perancangan
Tender
IV Penyediaan
Penentuan
V Penerimaan/Pembukaan
Tender
VI Penyediaan
Dokumen Tender
A III,
II, I, IV, V dan VI
B I,
IV, VI, V, III dan II
C II,
III, IV, V, I dan VI
D III,
IV, VI, I, V dan II
E VI,
V, IV, III, II dan I
38.
Getah Scrub Sdn Bhd merupakan pembekal tilam dan bantal
yang telah mengikat kontrak dengan Kerajaan Malaysia bagi pembekalan dan
penghantaran tilam dan bantal getah foam kepada semua Kementerian dan jabatan
Kerajaan bagi tempoh 1 Oktober 1999 hingga 30 September 2001. Pesanan tempatan telah
dikeluarkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan pada 2 Mac 2001 dan barang perlu
dibekalkan pada 16 April
2001. Walau bagaimanapun Getah Scrub Sdn. Bhd hanya menyerahkan
barang pada 23 April 2001.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh agensi berkenaan?
A Perlu dibuat pengiraan denda kerana
penyerahan lewat dan ditolak dari bayaran yang patut diterima
B Tidak perlu pengiraan denda kerana
hanya lewat 7 hari etapi masih dalam tempoh kontrak
C Tempoh penyerahan diubah/dipinda ke
tarikh penyerahan barang dan tiada pengiraan denda
D Melaporkan
kelewatan penyerahan barang kepada Perbendaharaan
E Menolak serahan barang
tersebut
39.
Peruntukan untuk Perkhidmatan Bandar telah diluluskan
sebanyak RM 17 juta dalam Belanjawan Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) bagi
tahun 1999. Pada 31 Julai 1999, peruntukan didapati tidak mencukupi sebanyak RM
3 juta dan Majlis perlu memohon peruntukan tambahan. Namakan pihak berkuasa
yang meluluskan anggaran tambahan?
A Mesyuarat
Penuh MPSA
B Jawatankuasa
Kewangan Majlis MPSA
C Mesyuarat
Majlis Kerajaan negeri
D Lembaga
Tender Majlis MPSA
E Jawatankuasa
Sebutharga Majlis MPSA
40.
Belanjawan tambahan Pembangunan Kerajaan Negeri
hendaklah disediakan oleh Pegawai Kewangan Negeri. Belanjawan tersebut hanya
boleh dibelanjakan setelah mendapat kelulusan……………
A Setiausaha
Kerajaan Negeri
B Menteri
Besar/Ketua Menteri
C Majlis
Kewangan Negeri
D Jawatankuasa
Kira-kira Awam Negeri
E Dewan
Undangan Negeri
kenapa tak ada jawapan di sertakan
ReplyDelete