CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 27 May 2013

Set Soalan 6



1.                  Taksiran “Ibu Pejabat” ialah tempat biasa seorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya jika boleh dihubungi oleh jalanraya ialah

A         23 km
B          25 km *
C         27 km
D         33 km

2.                  Pilih perbelanjaan mengurus dari belanja-belanja berikut

I           Elaun Pengerusi Suruhanjaya
II          Bayaran tuntutan elaun lebih masa
III        Elaun yang dipertua Dewan Rakyat
IV        Bayaran balik deposit rawatan hospital

A         I dan III sahaja
B          I, II dan III sahaja
C         II dan IV sahaja *
D         I, II ,III dan IV

3.                  Pilih kenyataan yang tidak benar mengenai panjar wang runcit

A         Sijil Perakuan Panjar hendaklah dikemukakan pada setiap akhir  bulan*
B          Perbelanjaan segera yang dikeluarkan melalui panjar yang dibenarkan adalah tidak melebihi RM 500.00
C         Pemegang panjar hendaklah mendapat baucar yang disertakan dengan resit atau perakuan daripada pegawai yang menuntut bayaran
D         Pemegang panjar wang runcit hendaklah merekodkan semua perbelanjaan yang dibuat di dalam Buku Panjar bagi maksud ianya diluluskan


4.                  Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya terdapat hasil yang terlebih dipungut ?


A         Kreditkan ke hasil kerajaan di bawah butiran akaun tergantung
B          Kreditkan ke hasil kerajaan di bawah butiran terimaan pelbagai
C         Kreditkan ke hasil kerajaan di bawah butiran akaun penyelesaian sementara
D         Simpan wang lebihan untuk digunakan di masa hadapan jika terdapat kekurangan dalam apa-apa pungutan


5                    Tawaran sebutharga bagi perkhidmatan perpindahan pejabat Akauntan Negara Malaysia Cawangan Melaka ke lokasinya yang baru telah dirujuk kepada Lembaga Perolehan kerana

A         tawaran tertinggi sebutharga adalah lebih  daripada RM 200,000.00
B          tawaran terendah sebutharga adalah lebih  daripada RM 200,000.00
C         jawatankuasa sebutharga telah membuat keputusan secara sebulat suara
D         jawatankuasa sebutharga telah membuat keputusan memilih tawaran yang tertinggi

6                    Seorang kakitangan kerajaan yang berasal dari Sibu, Sarawak dan bertugas di Kuching, Sarawak telah diberi kelulusan untuk cuti bergaji penuh bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak. Elaun-elaun emolumen yang layak diterimanya semasa cuti belajar

I           Bayaran Insentif Wilayah
II          Elaun Perumahan Wilayah
III        Imbuhan Tetap Perumahan
IV        Imbuhan Tetap Khidmat Awam

A         I dan II sahaja
B          I, II dan IV sahaja
C         I, III dan IV sahaja
D         III dan IV sahaja

7.                  Pembayaran di bawah AP 58(a) membenarkan pembayaran dibuat di dalam tahun semasa bagi segala perbelanjaan yang telah disempurnakan di dalam tahun sebelumnya. Apakah syarat-syaratnya?

I           Nama pegawai yang bertanggungjawab terhadap kelewatan tersebut dicatat.
II          Bayaran bil sesuatu tahun hendaklah dilakukan di dalam bulan Januari tahun berikutnya
III        Baki peruntukan tahun sebelumnya mencukupi untuk menampung jumlah pembayaran dibuat
IV        Sijil AP 58(a) dikemukakan oleh jabatan untuk kelulusan Akauntan Negara Malaysia

A         I dan II sahaja
B         I, II dan III sahaja
C         I, III dan IV sahaja
D         III dan IV sahaja



8.                  Berdasarkan AP 102, yang manakah merupakan tanggungjawab pegawai yang memperakui baucar bayaran?

I           Perhitungan dan pengiraan adalah betul
II          Kebenaran telah didapati sebagaimana yang dinyatakan
III        Perkhidmatan atau bekalan telah diterima dengan sempurna
IV        Wang mencukupi dan tidak dipertanggungkan bagi maksud yang lain

A         I, II dan IV sahaja
B         II dan III sahaja
C         III dan IV sahaja
D         I, II, III dan IV 


9.                  Deposit yang tidak dituntut hanya boleh dikreditkan ke hasil kerajaan apabila

A         Pendeposit gagal menyerahkan resit asal semasa menuntut kembali deposit
B          Pendeposit tidak datang menuntut selepas 6 bulan deposit boleh dikembalikan
C         Pendeposit tidak datang menuntut selepas 12 bulan deposit boleh dikembalikan
D         Pendeposit tidak datang menuntut dalam tempoh 3 bulan selepas diberitahu dalam warta kerajaan

10                Pembukaan Akaun Amanah Awam memerlukan kelulusan Perbendaharaan. Sekiranya sumbangan awam diterima sebelum kelulusan diperolehi, ke dalam akaun manakah sumbangan tersebut boleh dikreditkan?


A         Akaun Deposit
B          Akaun Belum Terima
C         Akaun Amanah Khas
D         Akaun Terimaan Tidak Diperuntukan


11                Juruaudit manakah yang diberikuasa untuk mengaudit akaun Pihak Berkuasa Tempatan bagi sesuatu tempoh tahun kewangan?

A         Mana-mana Juruaudit yang bertauliah
B          Juruaudit yang diputuskan dalam mesyuarat penuh pihak berkuasa tempatan
C         Juruaudit yang dilantik oleh Datuk Bandar atau Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan
D         Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri atas syor Ketua Audit Negara

12                Hospital Besar Ipoh, merupakan hospital rujukan bagi pesakit buah pinggang di Perak. Bagi mempertingkatkan kemudahan rawatan, ia bercadang untuk membeli mesin Hemodialisis dalam tahun 2008. Peruntukan bagi membeli peralatan tersebut perlu disediakan di bawah

A         One-off
B          Dasar Baru
C         Dasar Sedia Ada
D         Dasar Pembangunan Negara

13                Objek Sebagai digunakan untuk

I           menyediakan anggaran perbelanjaan pembangunan
II          pengeluaran waran am oleh Perbendaharaan Malaysia
III        menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus dalam ABM-7
IV        pengeluaran waran oleh Kementerian kepada jabatan-jabatan di bawahnya

A         I  sahaja
B         I dan II sahaja
C         II dan IV sahaja
D         III dan IV  sahaja

14                Apakah definisi “Wang Awam” di bawah seksyen 3 Akta Prosedur Kewangan 1957?

I           Bon, debentur dan lain-lain sekuriti
II          Semua hasil, pinjaman dan amanah
III        Wang tunai, cek, kiriman wang, wang pos dan setem
IV        Hasil zakat, baitulmal dan wakaf orang ramai

A         I dan II  sahaja
B         I, II dan III sahaja
C         II dan IV sahaja
D         I, II, III dan IV 

15.              Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan dalam menguruskan akaun bank :

I           Memastikan baki di penyata bank sentiasa berbaki kredit
II          Menyediakan Penyata Penyesuaian Akaun Bank pada masa ditetapkan
III        Mewujudkan satu akaun tergantung sekiranya terdapat perbezaan di antara buku tunai dan akaun bank
IV        Memperbaharui surat kuasa tandatangan pegawai yang menguruskan akaun bank setiap tiga bulan sekali



A         I dan II  sahaja
B         I, II dan IV sahaja
C         II dan III sahaja
D         II, III dan IV  sahaja


16.              Perkara yang perlu dilakukan oleh Ketua Jabatan apabila terdapat kehilangan wang awam, barang awam atau harta benda awam adalah


I           membuat laporan polis seberapa segera
II          mendapatkan laporan penyiasatan polis
III        menyediakan laporan awal seperti dalam Lampiran J AP
IV        menyediakan laporan akhir seperti dalam lampiran K AP

A         I dan II  sahaja
B         I, II dan III sahaja
C         III dan IV sahaja
D         I, II, III dan IV 

17.              Perkara yang perlu dilakukan oleh pegawai yang menyemak Buku Tunai Terimaan dan Serahan (Kew 249) adalah

I           mengemaskini buku tunai
II          menentukan kod pengelasan adalah betul
III        memastikan jumlah kutipan adalah tepat dan betul
IV        menandatangani ringkas dan catat tarikh setakat mana buku tunai disemak

A         I, III dan IV sahaja
B         II dan IV sahaja
C         II, III dan IV sahaja
D         III dan IV  sahaja

18                Sekiranya berlaku lebihan wang sewaktu proses mengimbang buku-buku kutipan dengan wang tunai yang dipungut pada hari berkenaan, apakah tindakan yang mesti dilakukan sebelum melaporkan kepada ketua jabatan tempatan selaras dengan AP 75?

A         Mestilah dikreditkan serta merta kepada akaun tergantung dimana pemungut berkhidmat
B          Mestilah didebitkan serta merta kepada akaun tergantung dimana pemungut berkhidmat
C         Mestilah didebitkan serta merta kepada akaun hasil kerajaan dimana pemungut berkhidmat
D         Mestilah dikreditkan serta merta kepada akaun hasil kerajaan di mana pemungut berkhidmat
19                Pilih kenyataan yang benar mengenai perolehan secara sebutharga.

A         Perolehan melalui sebutharga tidak memerlukan kajian pasaran
B          Ahli-ahli Jawatankuasa Sebutharga di Jabatan hendaklah dilantik oleh Ketua Jabatan berkenaan.
C         Sebutharga bagi perolehan kerja yang bernilai RM50,000.00 hingga RM100,000.00 hendaklah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor kelas F.
D         Perolehan bekalan atau perkhidmatan yang bernilai melebihi RM50,000.00 hingga RM100,000.00 hendaklah dipelawa secara sebutharga di kalangan sekurang-kurangnya 5 syarikat bertaraf Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.


20                Kos tak langsung bagi pengeluaran 100 unit X dan 150 unit Y ialah RM1000.00. Berapakah kos tak langsung untuk pengeluaran seunit X apabila pengagihan kos dikira secara sama rata?


A         RM 4.00

B          RM 6.67

C         RM 10.00

D         RM 500.00





21                Arahan perbendaharaan 103 menyatakan bahawa Ketua Jabatan dan Ketua Pejabat hendaklah memastikan bahawa bil dibayar segera tidak lewat dari 14 hari dari tarikh ianya disampaikan. Apakah langkah yang perlu diambil sekiranya pembayaran tidak dapat dilakukan?


A         Memaklumkan Ketua Jabatan untuk tindakan surcaj

B          Memaklumkan kepada Jabatan Audit Negara bagi tujuan audit pengurusan

C         Memaklumkan kepada pembekal sebab kelewatan dan tarikh bayaran akan dilakukan

D         Memaklumkan Jabatan Akauntan Negara tentang kelewatan penyediaan baucar bayaran

22                Rakan anda yang bertugas di Jabatan Penilaian memberitahu bahawa beliau telah menyemak Laporan Hasil Terperinci yang dikeluarkan oleh Pejabat Perakaunan dan didapati ada satu item berjumlah RM20,000.00 menggunakan kod hasil 71306 untuk pembaharuan pasport. Transaksi ini tidak direkodkan dalam buku tunai pejabatnya. Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepadanya?

A         Melaporkan kepada Pejabat Perakaunan supaya pelarasan dapat dilakukan

B          Mendebitkan amaun RM20,000.00 di buku tunai dan menyediakan jurnal pelarasan

C         Menghubungi Jabatan Imigresen dan meminta jabatan tersebut membuat pelarasa

D         Mengkredit amaun RM20,000.00 di buku tunai dan menyediakan Penyata Penyesuaian Akaun Hasil


23.              Syarikat MATA Sdn. Bhd. Telah ditawarkan tender Jabatan Pelajaran bagi kontrak membekal komputer yang bernilai RM220,000.00. Berapakah nilai bon yang perlu dikemukakan?

A         RM 2,200.00

B          RM 4,400.00

C         RM 5,500.00

D         RM 11,000.00


26                En. Rama telah menerima wang untuk dimasukkan ke akaun hasil 81101 tetapi telah tersalah catat sebagai kod 71101 di atas penyata pemungut dan telahpun diproses oleh Pejabat Perakaunan. Bagaimanakah cara pelarasan yang sepatutnya dibuat oleh en. Rama?


A         Menyediakan baucar posting slip untuk mendebitkan kod 71101
B          Menyediakan baucar jurnal dengan mendebitkan kod 81101 dan mengkreditkan kod 71101
C         Menyediakan baucar jurnal dengan mendebitkan kod 71101 dan mengkreditkan kod 81101
D         Meminda buku tunai dengan mengurangkan amaun kod 71101 dan menambah amaun kod 81101


27.              En. Faizal telah datang ke pejabat anda untuk membuat tuntutan wang deposit sebanyak RM 5,000.00 dengan menggunakan salinan fotostat resit (kew. 38). Setelah anda membuat semakan, didapti amaun berkenaan telah tersilap dikreditkan ke akaun hasil 2 tahun yang lalu. Bagaimanakah anda menyelesaikan perkara ini sebelum membuat baucar bayaran?

I          Mendapatkan kelulusan dari Perbendaharaan

II        Mendapatkan kelulusan dari Pegawai Pengawal

III       Meminta En. Faizal mengesahkan salinan resit

IV        Meminta En. Faizal megemukakan surat sumpah


A         I dan III sahaja
B          I dan IV sahaja
C         II dan III sahaja
D         II dan IV sahaja

Bagi soalan  1 dan 2, sila rujuk urusniaga berikut.

Tarikh

Perkara



1.3.2007
Baki buku vot di bawah objek am 28000 adalah RM 550,000.00 manakala perbelanjaan bersih adalah RM 100,000.00 dan tanggungan belum selesai bagi satu bil bernilai RM15,000.00

5.3.2007
Membuat pembayaran  berjumlah RM15,000.00   telah di ambilkira dalam tanggungan belum selesai


12.3.2007
Mengeluarkan pesanan tempatan kepada Syarikat Ali berjumlah RM10,000.00 bagi pembaikan mesin

15.3.2005
Mengeluarkan pesanan tempatan kepada Syarikat Abu berjumlah RM 5,000.00 bagi penyeleggaraan kenderaan


28.3.2005
Membuat pembayaran kepada  Syarikat Ali  bagi pesanan tempatan yang dikeluarkan pada 12.3.2005.


1     Berapakah baki masih ada pada 31.3.2007?

A         RM 495,000.00
B          RM 510,000.00
C         RM 525,000.00
D         RM 535,000.00
2          Berapakah perbelanjaan bersih pada 31.3.2007?


A         RM 115,000.00
B          RM 125,000.00
C         RM 140,000.00
D         RM 155,000.00


28        Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi mematuhi peraturan-peraturan kewangan mengenai pungutan di sesebuah jabatan?

I           Menandatangani ringkas dan mencatat tarikh semak
II          Memeriksa dan menyemak tiap-tiap hari semua catatan dalam resit, lesen, buku tunai dan lain-lain akaun
III        Membuat penyesuaian antara rekod akaun hasil pejabat pemungut dengan laporan akaun yang dikeluarkan oleh pejabat perakaunan
IV        Membuat pemeriksaan mengejut tidak kurang dari sekali dalam 6 bulan ke atas peti besi, peti wang tunai, laci dan lain-lain bekas wang dalam jagaan seseorang pegawai

A         I dan II sahaja
B          I dan III sahaja
C         II, III dan IV sahaja
D         I, II, III dan IV


29                Kontraktor yang telah ditawarkan kontrak kerja oleh Jabatan boleh memohon bayaran pendahuluan untuk memulakan kerja-kerja tersebut. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan oleh kontraktor sebelum jabatan boleh meluluskan bayaran pendahuluan?

I           Bon pelaksanaan

II          Keputusan Lembaga Perolehan

III        Surat setuju terima yang telah ditandatangani

IV        Jaminan bank atau insuran syarikat kewangan yang nilainya bersamaan dengan jumlah pendahuluan


A         I  sahaja
B          I, III dan IV sahaja
C         II  sahaja
D         II, III dan IV sahaja
30                Hj. Ali, Pembantu Tadbir(KEW),  Jabatan Haiwan sedang menyediakan baucar bayaran bernilai RM 55,000.00 kepada Syarikat XYZ yang melaksanakan kerja mengubahsuai pejabat. Apakah dokumen yang perlu dilampirkan bersama-sama dengan baucar bayaran tersebut?

I           Inden kerja atau pesanan tempatan

II          Sebutharga bagi kerja yang dibuat

III        Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Pihak Berkuasa Tempatan

IV        Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Pusat Khidmat Kontraktor di bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan

A         I dan II sahaja
B          I, II dan IV  sahaja
C         II dan III sahaja
D         II, III dan IV sahaja

31                Ketua Audit Negara sering membangkitkan isu perbelanjaan melebihi peruntukan. Manakah di antara berikut menjadi punca kepada perkara tersebut ?

I           Peruntukan tambahan tidak dipohon
II          Buku vot tidak diselenggara dengan sempurna
III        Peruntukan kecil yang dibuat tidak ditolak dari peruntukan asal di buku vot
IV        Pegawai yang menyemak urusniaga (memperaku baucar) tidak menurunkan tandatangan ringkas di buku vot
                                                                                                                       

            A         I dan II sahaja
            B          I dan IV  sahaja
            C         I, II dan III  sahaja
            D         II, III dan IV sahaja
           
Soalan 1 dan 2 adalah berkaitan dengan maklumat di bawah

En. Raja adalah Akauntan Gred W41 menanggung kerja Akauntan W48. Beliau bercadang untuk membuat pinjaman kenderaan. Menurut PP Bil. 8 tahun 1993, di antara syarat yang melayakkan seseorang pegawai membuat pinjaman kenderaan adalah jumlah bulanan tidak melebihi 60% dari jumlah pendapatan.

Berikut adalah maklumat gaji terkini beliau:



Pendapatan

Gaji kakitangan awam                      RM 2,678.60
Elaun tanggung kerja                        RM   953.70
Imbuhan tetap Khidmat awam        RM   300.00
Imbuhan tetap perumahan               RM   210.00
Bayaran saguhati                               RM   150.00

Potongan

Cukai Pendapatan                            RM 100.00
Angkasa                                             RM 423.87
Tabung Haji                                      RM 200.00
MNI                                                   RM 100.00
PPZ                                                    RM 112.00
  



1.      Berdasarkan maklumat di atas berapakah jumlah had potongan bulanan bagi pinjaman tersebut diluluskan?

A         RM 1,913.16
B          RM 1,898.16
C         RM 2,575.38
D         RM 2,485.38



2.      Sekiranya potongan pinjaman kenderaan beliau RM 672.29 sebulan, berapakah jumlah potongan dari pendapatan yang baru?

A         RM 1,308.16
B          RM 1,408.16
C         RM 1,508.16
D         RM 1,608.16










Soalan 1 dan 2 adalah berdasarkan kes di bawah :-


En. Ali, Akauntan W41 di JANM Putrajaya telah diarahkan untuk memberi bantuan kepada Bendahari Negeri Kedah dalam perlaksanaan system SPEKS pada 8- 9 Jun 2007. Beliau telah bertolak dari pejabatnya dengan menaiki kenderaan sendiri pada 7 Jun 2007 jam 3.00 ptg dan sampai di Alor Setar pada jam 8.30 mlm. Beliau bertolak balik ke Putrajaya pada 9 Jun 2007 jam 5.30 ptg dan sampai ke rumah pada jam 11.30 mlm. Semasa di Kedah, beliau telah menginap di rumah abangnya di Alor Setar. Berikut adalah maklumat tambahan mengenai En. Roni.
            Gaji                                       :     RM 2,482.58
            Elaun Lojing                        :     RM 55.00
            Elaun Makan                       :     RM 45.00
            Tambang Kapal Terbang   :     RM 418.00
            (pergi dan Balik)
            Jarak Putrajaya-Perlis       :     420 KM

1.      Apakah elaun yang layak dituntut oleh Encik Roni sepanjang tempoh bertugas rasmi beliau?

I           Elaun loging
II          Elaun Makan
III        Bayaran sewa hotel
IV        Tambang gantian kapal terbang
                                                                                                                       

            A         I dan IV sahaja
            B          I, II dan  III sahaja
            C         I, II dan IV  sahaja
            D         I, II, III dan IV


2.                  Berapa jumlah tuntutan yang layak dituntut oleh beliau?

            A         RM 222.50                             
            B          RM 528.00                             
            C         RM 618.00                             
            D         RM 640.50                             
                                               


3.                  Jabatan Alam Sekitar bercadang untuk membuat perolehan bekalan Projektor LCD untuk kegunaan jabatan. Harga Projektor LCD tersebut adalah RM60,000.00. Perkara berikut hendaklah diambil perhatian sebelum perolehan dibuat:

I           Sebutharga hendaklah dipelawa menggunakan Lampiran Q

II          Iklan sebutharga hendaklah dipamerkan dipapan kenyataan jabatan

III        Tarikh tutup sebutharga hendaklah sekurang-kurangnya 14 hari daripada tarikh iklan


IV        Sebutharga hendaklah dipelawa dikalangan sekurang-kurangnya 5 syarikat berdaftar Bumiputra yang berdaftar dengan kementerian kewangan.


A         I dan II sahaja
B          I dan III sahaja
C         I, II dan IV sahaja
D         II, III dan IV sahaja

4.                  Apakah tindakan yang perlu diambil ke atas resit yang rosak?

I           Resit rosak dibatalkan dan dibuang

II          Resit rosak dibatalkan dan disimpan

III        Resit rosak dimaklumkan kepada pembayar

IV        Resit rosak beserta salinannya dikemukakan untuk diaudit


A         I  sahaja
B          I dan II  sahaja
C         II dan IV sahaja
D         II, III dan IV sahaja

5.                  Encik Jaya berkhidmat sebagai Pembantu Akauntan di sebuah Jabatan Kerajaan. Beliau ditugaskan untuk menyemak baucar-baucar diperingkat jabatan bagi tujuan pembayaran. Jumlah baucar yang telah disemak pada bulan jun adalah sebanyak 352 keping. Kos-kos yang terlibat bagi semakan baucar pada bulan tersebut adalah seperti berikut:

   Gaji                                    -                     RM 677.30

               Alattulis                             -                     RM     9.70

              Elaun lebih masa               -                     RM   55.00

Kirakan kos output seunit bagi semakan baucar tersebut.

A         RM 0.18
B         RM 1.92
C         RM 2.08
D         RM 2.11 *


Cik Zorai ialah seorang Penolong Akauntan Gred W27 di Jabatan Pemegang Harta dan waktu bekerja adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pada 25 April 2007 beliau diarahkan untuk membuat kerja lebih masa bagi membantu pengarah menyelesaikan kertas kerja untuk di bentangkan dalam mesyuarat. Beliau telah bekerja sehingga jam 12.00 tengah malam. Kadar kelayakan elaun lebih masa cik zorai ialah sebanyak 7.67 sejam. Kadar gandaan elaun lebih masa adalah seperti berikut:


                                                 Hari kerja biasa   
Kadar siang                         1 1/8

Kadar malam                      1 1/4

6.     Tuntutan lebih masa yang layak dituntut oleh cik zorai ialah:


A         1 jam siang dan 6 jam malam
B         3 jam siang dan 4 jam malam
C         5 jam siang dan 2 jam malam *
D         7 jam siang

7.     Elaun lebih masa yang layak diterima oleh cik zorai ialah:


A         RM 60.40
B         RM 62.32
C         RM 64.24
D         RM 66.15




No comments:

Post a Comment