CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 27 May 2013

Set Soalan 5



1.                  Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan kawalan peruntukan dalam sesebuah kementerian atau jabatan ?

A         Ketua Pengarah
B          Ketua Setiausaha
C         Pegawai Pengawal
D         Pegawai Perakaunan

2.                  Bagi menjalankan urusan kutipan hasil jabatan, seseorang pegawai hendaklah terlebih dahulu mendapat

A         arahan dari ketua unit
B          arahan dari juruwang yang bercuti
C         kebenaran bertulis dari ketua jabatan
D         kebenaran bertulis dari juruwang yang bercuti

3.                  Buku Tunai, Salinan Penyata Pemungut dan dokumen-dokumen berkenaan dengan kutipan hasil hendaklah dikemukakan dalam tempoh_____ selepas akhir tiap-tiap bulan kepada Akauntan/Bendahari mengikut Arahan Perbendaharaan 145.

A         5 hari
B          10 hari
C         12 hari
D         15 hari


4.                  Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat hendaklah menyelenggara daftar bil yang menunjukkan maklumat berikut kecuali


A         tarikh baucar disediakan
B          tarikh dan nombor kelompok
C         tarikh cek ditunaikan oleh pembekal
D         tarikh baucar dihantar ke pejabat yang membayar


5                    Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang pemungut hasil sekiranya terdapat lebihan kutipan pada hari kutipan dibuat?

A         Rekodkan ke dalam akaun tergantung
B          Kredikan kutipan ke dalam akaun hasil pelbagai
C         Kreditkan lebihan kutipan tersebut ke mana-mana kod hasil pemungut
D         Simpan lebihan tersebut untuk menampung kekurang pada esok hari


6                    Pilih perbelanjaan mengurus dari belanja-belanja berikut.

I           Elaun Pengerusi Suruhanjaya
II          Bayaran tuntutan elaun lebih masa
III        Elaun yang dipertua Dewan Rakyat
IV        Bayaran balik deposit rawatan hospital

A         I dan II sahaja
B          I, II dan III sahaja
C         I, II dan IV sahaja
D         III dan IV sahaja



7.                  Di antara berikut  yang manakah benar mengenai buku vot?

I           Catatan di buku vot menggunakan asas tunai
II          Mengandungi maklumat penerimaan peruntukan
III        Digunakan untuk merekod maklumat pindahan peruntukan
IV        Hanya satu rekod perlu disimpan sekiranya objek sebagai terdiri daripada beberapa aktiviti/program


A         I dan II sahaja
B         II dan III sahaja
C         III dan IV sahaja
D         I, II, III dan IV


8.                  Ketua Audit Negara sering membangkitkan tentang perbelanjaan melebihi peruntukan. Yang manakah di antara berikut menjadi punca kepada perkara tersebut?


I           Buku Vot tidak diselenggarakan dengan sempurna
II          Pegawai Pengawal tidak memohon peruntukan tambahan
III        Peruntukan kecil yang dibuat tidak ditolak dari peruntukan asal di buku vot
IV        Pegawai yang menyemak urusniaga (memperaku baucar) tidak menurunkan tandatangan ringkas di buku vot


A         I dan II sahaja
B         I dan IV sahaja
C         I, II dan III sahaja
D         II, III dan IV  sahaja
9.                  Apakah definisi “Wang Awam” di bawah seksyen 3 Akta Prosedur Kewangan 1957?

I           Bon, debenture dan lain-lain sekuriti
II          Semua hasil, pinjaman dan amanah
III        Wang tunai, cek, kiriman wang, wang pos dan setem
IV        Tabung sumbangan Tsunami, sumbangan kelab rotary, hasil wakaf orang ramai
A         I dan II  sahaja
B          I, II dan III  sahaja
C         II dan IV sahaja
D         II, III dan IV sahaja


10                Penyesuaian akaun hasil perlu dilakukan oleh PTJ/Pejabat Pemungut untuk

I           melaporkan urusniaga yang tidak sah kepada pejabat perakaunan
II          memastikan ketepatan pengakuanan hasil kepada amaun dan kod jenis hasil
III        memastikan segala hasil yang direkod di dalam Buku Tunai telah dimasukkan ke dalam bank

IV        memastikan akaun awam yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan menunjukkan butir-butir hasil dengan lengkap dan tepat.

A         I dan II  sahaja
B          I, II dan IV  sahaja
C         II, III  dan IV sahaja
D         I, II, III dan IV


11                Gandaan bayaran yang berkaitan dengan elaun lebih masa yang dinyatakan di bawah  adalah berkaitandengan kerja siang KECUALI

A         1 1/8

B          1 1/4

C         1 1/2

D         1 3/4

12                Perolehan yang manakah tidak menggunakan pesanan tempatan (pesanan kerajaan)?


A         Pembelian terus alat ganti kenderaan

B          Pembelian alatulis melalui kontrak pusat

C         Perkhidmatan kontrak pembersihan loji air

D         Perkhidmatan penerbitan melalui sebutharga

13                Pembukaan Akaun Amanah Awam memerlukan kelulusan Perbendaharaan. Sekiranya sumbangan awam diterima sebelum kelulusan diperolehi,  ke dalam akaun manakah sumbangan tersebut boleh dikreditkan?

A         Akaun Deposit

B          Akaun Amanah Khas

C         Akaun Belum Terima

D         Akaun Terimaan Tidak Diperuntukkan

14                Kos tak langsung bagi pengeluaran 100 unit X dan 150 unit Y ialah RM1,000.00. Berapakah kos tak langsung untuk pengeluaran seunit X apabila pengagihan kos dikira secara sama rata?


A         RM 1,000.00 / 2
B          RM 1, 000.00 / 100
C         RM 1,000.00 / 150
D         RM 1,000.00 / 250


15.              Pemegang panjar tiga perduabelas hendaklah menyediakan dan mengemukakan  dokumen kewangan berikut kepada pejabat perakaunan untuk membuat rekupmen setiap bulan KECUALI

A         Penyata perbelanjaan Buku Tunai dan Penyata Rekupan
B          Penyata Untung Rugi Matawang Asing dan Penyata Kiriman Khas

C         Penyata Penyesuaian Bank Panjar dan Penyata Penyesuaian Bank

D         Penyata kawalan Peruntukan dan Sijil Perakaunan Panjar Tiga Perduabelas
16.              Tawaran sebutharga bagi perkhidmatan perpindahan pejabat Jabatan Akauntan Negara Cawangan Miri ke lokasi yang baru telah dirujuk kepada lembaga Perolehan oleh keranan

A         tawaran tertinggi sebutharga adalah lebih daripada RM200,000.00

B          tawaran terendah sebutharga adalah lebih daripada RM200,000.00

C         jawatankuasa sebutharga telah membuat keputusan secara sebulat suara

D         jawatankuasa sebutharga telah membuat keputusan memilih tawaran yang tertinggi

Bagi soalan  17 dan 18, sila rujuk urusniaga berikut.


Tarikh

Aktiviti



1.3.2005
Baki buku vot di bawah objek am 28000 adalah RM 550,000.00 manakala perbelanjaan bersih adalah RM 100,000.00 dan tanggungan belum selesai bagi satu bil bernilai RM15,000.00

5.3.2005
Membuat pembayaran kepada Syarikat Ayu berjumlah RM15,000.00


10.3.2005
Mengeluarkan pesanan tempatan kepada Syarikat Ali berjumlah RM10,000.00 bagi pembaikan mesin

15.3.2005
Mengeluarkan pesanan tempatan kepada Syarikat Abu berjumlah RM 5,000.00 bagi penyeleggaraan kenderaan


28.3.2005
Membuat pembayaran kepada  Syarikat Ali  bagi pesanan tempatan yang dikeluarkan pada 10.3.2005.


17.              Berapakah baki masih ada pada 31.3.2005?


A         RM 495,000.00
B          RM 510,000.00
C         RM 525,000.00
D         RM 535,000.00





18                Berapakah perbelanjaan bersih pada 31.3.2005?


A         RM 115,000.00
B          RM 125,000.00
C         RM 140,000.00
D         RM 155,000.00


Bagi soalan  19 dan 20 adalah berkaitan dengan keterangan berikut.

En. Rozali adalah seorang Penolong Akauntan Gred W27 bertugas di jabatan Kerja Raya. Beliau telah diarahkan menanggung kerja Penolong Akauntan Gred W32 yang cuti bersalin selama 60 hari mulai 1.3.2005 hingga 29.4.2005. Dalam tempoh tersebut en. Rozali telah mengambil cuti kecemasan selama 7 hari iaitu  3 hari dalam bulan Mac 2005 dan 4 hari dalam bulan April 2005. Gaji permulaaan bagi Penolong Akauntan Gred W32 ialah sebanyak RM 1,932.85.


19                Berapa harikah En. Rozali layak di bayar elaun tanggung kerja?

A         53 hari

B          56 hari

C         57 hari

D         60 hari


20                Berdasarkan formula ( ¼ X RM 1,932.85 ) En. Rozali layak menerima elaun tanggung kerja sebanyak RM 483.21 sebulan. Berapakah jumlah elaun tanggung kerja yang layak di bayar kepada en. Rozali?


A         RM 901.99

B          RM 918.09

C         RM 950.31

D         RM 966.42




21                En. Abu seorang Pembantu Tadbir N17, bertugas di JPM telah mengambil cuti sakit selama 30 hari mulai 25.10.2005 hingga 23.11.2005. Oleh kerana cuti rehatnya telah habis dia menyambung cutinya dengan mengambil cuti tanpa gaji mulai 24.11.2005 hingga 3.12.2005. Kerajaan telah mengistiharkan bonus sebulan gaji bagi mereka yang berkhidmat penuh dalam tahun tersebut. Berapa bulan perkhidmatankah pengiraan bonus bagi en. Abu ?


A         9 bulan
B          10 bulan
C         11 bulan
D         12 bulan



22                Encik Ali Baba, Akauntan W41 (gaji pokok RM2000.00 sebulan) berkhidmat di kementerian Penerangan telah memberi ceramah mengenai Pengurusan Pembayaran anjuran IPN, JANM selama 6 jam pada 5 Julai 2005.

Berapakah jumlah elaun penceramah yang boleh diterima oleh En. Ali Baba bagi bulan Julai 2005?

A         RM 500.00
B          RM 600.00
C         RM 1,000.00
D         RM 1,200.00



23.              Amaun cek yang terbatal dan tidak dituntut oleh penerima selepas 6 tahun dari tarikh cek hendaklah dikreditkan kepada

A         Akaun Amanah
B          Vot Perbelanjaan
C         Akaun Hasil Pelbagai
D         Akaun Penyelesaian Cek terbatal

24.              Puan Aminah menjalankan tugas rasmi di luar pejabat pada 30 Mei hingga 5 Jun 2005 dengan menggunakan kenderaan sendiri. Tuntutan pergi dan balik hendaklah dianggap sebagai perjalanan bagi bulan


A         April
B          Mei
C         Jun
D         Mei dan Jun
25.              Deposit yang tidak dituntut hanya boleh dikreditkan ke hasil kerajaan apabila

A         pendeposit gagal menyerahkan resit asal semasa menuntut kembali deposit
B          pendeposit tidak datang menuntut selepas enam(6) bulan deposit boleh dikembalikan
C         pendeposit tidak datang menuntut selepas dua belas (12) bulan deposit boleh dikembalikan
D         deposit tersebut tidak dituntut dalam tempoh 3bulan selepas diberitahu dalam warta kerajaan

26                Anggaran kos perkhidmatan membersih pejabat adalah RM 3,000.00 sebulan. Apakah tatacara perolehan yang betul untuk kontrak selama 2 tahun?

A         Membuat perolehan terus daripada mana-mana syarikat
B          Membuat perolehan terus daripada syarikat bumiputra yang berdaftar dengan  kementerian kewangan
C         Mempelawa sebutharga kepada sekurang-kurangnya 5 syarikat yang berdaftar dengan kementerian kewangan
D         Mempelawa sebutharga kepada sekurang-kurangnya 5 syarikat bumiputra yang berdaftar dengan kementerian Kewangan

27.              Berikut adalah urusniaga kewangan di jabatan Muzium dan Antikuiti di bawah perbelanjaan mengurus tahun 2005. Pilih urusniaga yang mesti mendapat kelulusan Pegawai Pengawal di Bawah Perkeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2002.

A         Pembelian buku rujukan dan jurnal berjumlah RM100,000.00
B          Pembelian peralatan menyelam untuk penyelidikan arkeologi maritim bernilai RM 45,000.00
C         Perkhidmatan pembersihan kawasan tapak bersejarah di Melaka sebanyak RM 3,000.00 sebulan
D         Pelupusan kenderaan pacuan empat roda yang dihadiahkan oleh Persatuan Muzium Malaysia bernilai RM 90,000.00

28        Syarat-syarat pemangkuan adalah seperti berikut.

I           dalam skim perkhidmatan yang sama
II          memangku jawatan yang sama grednya
III        memangku jawatan yang lebih tinggi grednya
IV        menjalankan tugas jawatan yang dipangku secara sepenuh masa

A         I, III dan  IV sahaja
B          I, dan II sahaja
C         II dan IV sahaja
D         I, II, III dan IV

29                Berikut merupakan kenyataan yang benar mengenai penyelenggaraan Akaun Amanah.

I           Akaun Amanah hendaklah sentiasa berbaki kredit

II          Segala terimaan dan bayaran wang Amanah hendaklah menggunakan asas Perakaunan Akruan

III        Akaun Amanah hendaklah dikendalikan mengikut peruntukan dalam Arahan Amanah atau undang-undang dan akta-akta yang berkaitan

IV        Sijil Pengesahan baki bagi Akaun Amanah perlu disediakan oleh Pusat Tanggungjawab dan dikemukakan kepada Pejabat Perakaunan masing-masing

A         I, II, dan III sahaja
B          I, III dan IV sahaja
C         II dan IV sahaja
D         III dan IV sahaja

30                Berdasarkan Arahan Perbendaharaan 102, yang manakah merupakan tanggungjawab pegawai yang memperakui baucar bayaran?

I           Perhitungan dan pengiraan adalah betul

II          Kebenaran telah didapati sebagaimana yang dinyatakan

III        Perkhidmatan atau bekalan telah diterima dengan sempurna

IV        Wang mencukupi dan tidak dipertanggungkan bagi maksud yang lain

A         I, II, dan IV sahaja
B          II dan  sahaja
C         III dan IV sahaja
D         I, II, III dan IV

31                Pilih kenyataan yang benar mengenai cara-cara kutipan bayaran terlebih bayar.

I           Kutipan bayaran dibuat sekaligus
II          Bayaran balik melalui pendahuluan diri AP327(b)
III        Ansuran melalui potongan gaji melebihi enam(6) bulan perlu kelulusan khas dari Kementerian Kewangan
IV        Ansuran dalam tempoh enam(6) bulan dari tarikh lebihan bayaran dikesan perlu mendapat kelulusan daripada Pegawai Pengawal
                                                                                                                       

            A         I dan II sahaja
            B          I, III dan IV  sahaja
            C         II dan IV  sahaja
            D         I, II, III dan IV
           
Soalan 32 dan 33 adalah berkaitan dengan maklumat di bawah.


I)                   Pada 1.1.2005 Jabatan A menerima peruntukan sebanyak RM 88,000.00. Di bawah merupakan buku vot jabatan A bagi Objek sebagai 21000 seperti pada 1.4.2005



Tarikh
Butir-butir
Debit
Kredit
Tanggungan/
Dikenakan
(dijelaskan)
Tanggungan
Belum selesai
Perbelanjaan
bersih
Baki masih ada
1.4.2005

Baki
Bawa
hadapan

-

-

-

19,031.00

1,538.30


67,430.70

II)                 Pada 4.4.2005, Jabatan A mengeluarkan Waran Perjalanan Udara No. B0007 sebanyak RM 1,243.00 bagi tujuan perjalanan rasmi pegawainya, En. Rama
III)              Pada 15.5.2005, MAS telah mengemukakan invois bagi waran Perjalanan Udara No. B0007 sebanyak RM 1, 1210.00 dan tiada urusniaga lain berlaku di dalam bulan berkenaan.
  
32.              Berapakah perbelanjaan bersih bagi Jabatan A pada 5.4.2005?

A         RM 295.30
B          RM 1,538.30
C         RM 2,781.30
D         RM 20,274.00



33.              Berapakah tanggungan belum selesai Jabatan A pada 31.5.2005?

A         RM 19,031.00
B          RM 19,064.00
C         RM 20,241.00
D         RM 20,274.00




Soalan 34 dan 35 adalah berdasarkan kes di bawah :-


En. Roni, Akauntan W41 di JANM Putrajaya telah diarahkan untuk memberi bantuan kepada Bendahari Negeri Perlis dalam perlaksanaan system SPEKS pada 8- 9 Jun 2005. Beliau telah bertolak dari pejabatnya dengan menaiki kenderaan sendiri pada 7 Jun 2005 jam 3.00 ptg dan sampai di Kangar pada jam 8.30 mlm. Beliau bertolak balik ke Putrajaya pada 9 Jun 2005 jam 5.30 ptg dan sampai ke rumah pada jam 11.30 mlm. Semasa di Perlis, beliau telah menginap di rumah abangnya di Kangar. Berikut adalah maklumat tambahan mengenai En. Roni.
            Gaji                                    :     RM 2,499.58
            Elaun Lojing                      :     RM 55.00
            Elaun Makan                      :     RM 45.00
            Tambang Kapal Terbang    :     RM 344.00
            (pergi dan Balik)             
            Jarak Putrajaya-Perlis       :     550 KM

34.              Apakah elaun yang layak dituntut oleh Encik Roni sepanjang tempoh bertugas rasmi beliau?

I           Elaun loging
II          Elaun Makan
III        Bayaran sewa hotel
IV        Tambang gantian kapal terbang
                                                                                                                       

            A         I dan II sahaja
            B          II dan  III sahaja
            C         I, II dan III  sahaja
            D         I, II,  dan IV sahaja


35.              Berapa jumlah tuntutan yang layak dituntut oleh beliau?



            A         RM 500.00                             
            B          RM 522.50                             
            C         RM 544.00                             
            D         RM 566.50                             
                                               





36.              Kenyataan berikut adalah benar mengenai perolehan secara pembelian terus.

I           Sehingga RM 10,000.00 bagi setiap pesanan dan tidak melebihi RM 50,000.00 setahun dari mana-mana pembekal

II          Sehingga RM 20,000.00 bagi setiap pesanan dan tidak melebihi RM 100,000.00 setahun dari mana-mana pembekal yang berdaftar


III        Melebihi RM 50,000.00 setiap pesanan dan tidak melebihi RM 100,000.00 setahun dari  pembekal / syarikat bumiputra yang berdaftar

IV        Melebihi RM 10,000.00 sehingga RM 50,000.00 bagi setiap pesanan dan tidak melebihi RM 100,000.00 setahun dari  pembekal / syarikat bumiputra yang berdaftar


A         I dan II sahaja
B          I dan IV sahaja
C         II dan III sahaja
D         II, III dan IV sahaja



37.              Pilih kenyatan yang benar mengenai sebab-sebab mengapa terdapat perbezaan di antara buku vot dan laporan terperinci perbelanjaan.

I           Pesanan tempatan belum disempurnakan oleh pembekal

II          Cek bayaran yang diterima oleh pembekal belum ditunaikan

III        Urusniaga Jabatan lain tersalah catat oleh Pejabat Perakauanan

IV        Baucar bayaran yang disediakan tidak diproses oleh Pejabat Perakaunan


A         I dan II sahaja
B          I, II dan III sahaja
C         I, III dan IV sahaja
D         II dan IV sahaja






38.              Encik Ramli seorang pembantu Akauntan yang bertugas di kaunter bagi menguruskan kutipan hasil kerajaan. Dalam suatu urusan, beliau telah tersilap menulis amaun pada resit RM20.00 sebagai RM200.00. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh beliau?

I           Musnahkan resit yang telah tersilap

II          Batalkan resit yang sedia ada dan keluarkan resit baru

III        Resit yang dibatalkan disimpan bersama salinan untuk tujuan audit

IV        Meminda amaun pada resit yang tersilap serta menandatangan ringkas


A         I  sahaja
B         II dan III sahaja
C         I, II dan IV sahaja
D         I, III dan IV sahaja


39.              Tindakan yang perlu diambil oleh pejabat pemungut apabila menerima cek tak laku adalah

I           Menyelenggara satu daftar cek tak laku

II          Melaraskan buku vot dan akaun berkaitan

III        Memberitahu pembayar mengenai pembatalan resit

IV        Mengembalikan cek tak laku kepada pembayar/pengeluar cek


A         I dan II sahaja
B         I, III dan IV sahaja
C         II dan III sahaja
D         II, III dan IV sahaja









40.              Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi mematuhi peraturan-peraturan kewangan mengenai pungutan di sesebuah jabatan?

I           Menandatangani ringkas dan mencatat tarikh semak

II          Memeriksa dan menyemak tiap-tiap hari semua catatan dalam resit, lesen, buku tunai dan lain-lain buku akaun

III        Membuat penyesuaian antara rekod akaun hasil pejabat pemungut dengan laporan akaun yang dikeluarkan oleh pejabat perakaunan

IV        Membuat pemeriksaan mengejut tidak kurang dari sekali dalam 6 bulan ke atas peti besi, peti wang tunai, laci dan lain-lain bekas wang dalam jagaan seseorang pegawai


A         I dan II sahaja
B         I dan III sahaja
C         I, III dan IV sahaja
D         I, II, III dan IV




No comments:

Post a Comment