CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 26 May 2013

Set Soalan ke 3



1.                  Pegawai Pengawal adalah pegawai perakaunan yang diberikan tugas menjaga wang yang di peruntukkan di bawah sesuatu maksud Anggaran. Pilih kenyataan yang tepat tentang takrifan Pegawai Pengawal

I           Ketua Pengarah bagi jabatan-jabatan dan Badan-badan Berkanun
II          Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pegawai yang di berikan kuasa oleh beliau
III        Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua-ketua Jabatan
IV        Pegawai yang di lantik oleh Menteri Kewangan di bawah Seksyen 15 A Akta Prosedur Kewangan bagi  Persekutuan
V         Pegawai yang di lantik oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri di bawah Seksyen 15 A Akta Prosedur Kewangan bagi  Negeri

A         I dan II
B          I, II dan III
C         II dan III
D         II, IV dan V
E          IV dan V

2.                  Pilih kenyataan yang betul mengenai peranan dan tanggungjawab Pegawai Pengawal

I           Mengawal kutipan
II          Mengawal perbelanjaan dan peruntukan perbelanjaan
III        Mengurus stor
IV        Menyelenggara Buku Vot

A         I sahaja
B          I  dan II sahaja
C         II dan III
D         IV sahaja
E          Semua di atas

3.                  Berikut adalah kenyataan yang benar tentang tanggungjawab Pegawai Pengawal mengenai tunggakan Pendahuluan Diri KECUALI :

A         Meluluskan hanya kepada pegawai-pegawai yang telah menyelesaikan kesemua tunggakan Pendahuluan Diri yang lama
B          Boleh secara bertulis melantik seorang pegawai kanan untuk meluluskan permohonan Pendahuluan Diri
C         Menghantar Penyata Ringkasan kedudukan Pendahuluan Diri yang diluluskan dan bayaran balik ke Perbendaharaan dengan salinan kepada Audit  Negara dan Akauntan Negara setiap suku tahun
D         Dapatkan kembali jumlah Pendahuluan Diri dalam masa yang di tetapkan
E          Mengenakan penalti 10% setahun sekiranya baki wang Pendahuluan Diri gagal di bayar dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh tuntutan di buat.


4.                  Viremen atau pindah peruntukan bagi program atau aktiviti atau objek perbelanjaan boleh dilakukan oleh jabatan-jabatan tertakluk kepada kuasa-kuasa tertentu yang di peruntukkan dalam peraturan-peraturan keangan yang berkuatkuasa. Pegawai Pengawal boleh meluluskan pindah peruntukan yang berikut KECUALI

A         Memindah peruntukan di bawah objek am 20000 kepada objek am 30000 dalam aktiviti yang sama
B          Memindah peruntukan di antara aktiviti 030100 kepada aktiviti 030200 dalam program yang sama
C         Memindah peruntukan di bawah program 020000 kepada program 030000 dalam vot yang sama
D         Memindah peruntukan daripada suatu butiran projek ke buiran projek lain di bawah maksud Pembangunan yang sama bagi tahun berkenaan
E          Memindah peruntukan di antara projek tidak melebihi 50% peruntukan tahun asal

5.                  Hospital Miri merupakan hospital rujukan bagi pesakit buah pinggang di Sarawak. Bagi mempertingkatkan kemudahan rawatan, ia bercadang untuk membeli mesin Hemodialisis dalam tahun 2003. Belanjawan bagi membeli peralatan tersebut perlu disediakan di bawah…….

A         Sistem belanjawan diubahsuai
B          Dasar baru
C         One off
D         Dasar sedia ada
E          Belanjawan pembangunan

6.                  Nyatakan perbelanjaan mengurus dari belanja-belanja berikut

I           Elaun Yang Dipertua Dewan Rakyat
II          Elaun Pengerusi Suruhanjaya
III        Bayaran tuntutan Elaun lebih Masa
IV        bayaran balik deposir rawatan hospital
V         Bayaran pembelian bas jabatan


A         I, II , III dan IV
B          I, II, III dan V
C         I, II , IV dan V
D         I, III, IV dan V
E          Semua di atas



7.                  Kenyataan berikut adalah benar mengenai Waran Am KECUALI

A         Waran Am ditandatangani oleh Menteri Kewangan bagi Kerajaaan Persekutuan
B          Waran Am di tandatangani oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi Kerajaan Negeri
C         Waran Am di sampaikan kepada Akauntan Negara Malaysia
D         Waran Am di sampaikan kepada Bendahari Negeri atau Akauntan Negeri
E          Waran Am mengandungi butir-butir terperinci perbelanjaan bekalan


8.                  Menurut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 1999, pembelian dan perolehan barangan dan bahan import tidak dibenarkan kecuali barangan atau bahan tersebut tidak terdapat dari sumber tempatan dan keperluan memperolehinya melalui import adalah benar-benar mendesak dan sangat penting. Sekiranya barangan atau bahan tersebut perlu juga diimport, Jabatan/Agensi berkenaan hendaklah mendapatkan pengesahan awal daripada

A         Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
B          Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna
C         Kementerian Kewangan
D         Kementerian Pengangkutan
E          Kementerian Sains dan Teknologi


9.                  Ahmad Hisham bin Ismail telah dilantik sebagai anggota sambilan di Jabatan Tenaga Rakyat Cawangan Johor pada 1 Januari 2002. Pada bulan Februari 2002, beliau telah diarahkan menjalankan kerja lebih masa. Formula pengiraan untuk mendapatkan kadar bayaran sejam yang perlu digunakan oleh Ahmad Hisham bin Ismail ialah:
A         Gaji Harian x 27 Hari Bekerja x 12 Bulan
            -------------------------------------------------------
            313 Hari Bekerja x  8 Jam

B          Gaji Harian x 25 Hari Bekerja x 12 Bulan
            -------------------------------------------------------
            313 Hari Bekerja x  8 Jam

C         Gaji Harian x Jumlah Hari Bekerja x 12 Bulan
            -------------------------------------------------------------
            313 Hari Bekerja  x  8 Jam

D         Gaji Harian x 30 Hari Bekerja x 12 Bulan
            -------------------------------------------------------
            313 Hari Bekerja  x  8 Jam

E          Gaji Harian x Jumlah hari Dalam Sebulan x  12 Bulan
                        ----------------------------------------------------------------
                         313 Hari Bekerja  x  8 Jam 


10.              Ahmad Nasir bin Yusuf telah di lantik sebagai Pembantu Tadbir Kewangan dan gaji permulaannya sebanyak RM642.51. beliau telah menjalankan kerja-kerja lebih masa pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh              Masa
Sabtu, 13 April, 2002                     2.30 ptg – 9.30 mlm
Ahad,  14 April, 2002                    8.30 pg  - 1.30 tgh
                                                      5.00 ptg – 10.00 mlm

Isnin, 15 April , 2002                      5.30 ptg – 9.30 mlm


Kirakan jumlah bayaran lebih masa yang layak di tuntut oleh Ahmad Nasir bin Yusof.

A         RM25.70
B          RM51.40
C         RM72.77
D         RM76.62
E          RM80.85


11.       Sabariah bt Mansur telah diarah untuk menanggung kerja Pembantu Tadbir ( Pentadbiran/Operasi) N7 yang telah bersara wajib mulai 1 Disember 2001 dan layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja. Pada 25 Disember 2001, Sabariah bt. Mansur telah menjalankan kerja lebih masa selama 6 jam. Berapakah jumlah masa yang layak di tuntut?

A         6 jam
B          5 1/2 jam
C         5 jam
D         4 ½ jam
E          4 jam



Soalan 12 dan 13 merujuk kepada maklumat-maklumat berikut:-

Shawal bin Muharam telah dilantik ke jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W8 pada 14 Mac 2002. Berikut adalah maklumat kelayakan beliau:-


                        Gaji (P1T1)                                          RM 642.51
                        Imbuhan Tetap Perumahan                    RM135.00
                        Imbuhan Tetap Khidmat Awam            RM80.00

12.              Kirakan jumlah emolumen kasar yang layak di terima oleh Shawal bin Muharam untuk bulan Mac 2002.

A         RM 452.91
B          RM 497.91
C         RM 557.91
D         RM 779.51
E          RM 857.51


13.              Kirakan jumlah Bayaran Insentif Tugas Kewangan yang layak diterima oleh Shawal bin Muharam bagi bulan Mac 2002, setelah beliau disahkan layak dibayar oleh Ketua Jabatannya.


A         RM 20.00
B          RM 40.00
C         RM 22.50
D         RM 23.23
E          RM 80.00


14.              Elaun Penanggungan Kerja boleh dibayar kerana menjalankan tugas-tugas berikut:-

I           Menjalankan kerja jawatan yang lebih tinggi daripada peringkat jawatan hakikinya di samping menjalankan tugas-tugas sendiri

II          Menjalankan  kerja jawatan yang lebih rendah daripada jawatan hakikinya di samping menjalankan tugas-tugas sendiri dengan syarat jawatan rendah itu tidak bertanggungjawab kepada jawatan hakikinya itu

III        Menjalankan kerja jawatan yang sama dengan peringkat jawatan hakikinya di samping menjalankan tugas-tugasnya sendiri

IV        Menjalankan kerja jawatan yang lebih rendah daripada peringkat jawatan hakikinya di samping menjalankan tugas-tugasnya sendiri di mana jawatan rendah itu bertanggungjawab kepada jawatan hakikinya itu.

A         I dan III
B          I, II dan III
C         I, III dan IV
D         II dan IV
E          semua di atas

15.              Arahan Perbendaharaan 103 menyatakan Ketua Jabatan dan Ketua Pejabat hendaklah memastikan bahawa bil di bayar dengan segera tidak lewat dari sebulan dari tarikh ianya di sampaikan. Apakah langkah yang perlu di ambil sekiranya pembayaran tidak dapat dilakukan.

A         Memaklumkan ibu pejabat bagi memohon tambahan peruntukan
B          Memaklumkan pihak Jabatan Akauntan Negara tentang kelewatan penyediaan baucar bayaran
C         Memaklumkan kepada pembekal sebab kelewatan dan tarikh bayaran akan dilakukan
D         Memaklumkan kepada pihak Audit Negara bagi tujuan audit pengurusan
E          Memaklumkan Ketua Jabatan untuk tindakan surcaj

16.              Arahan Perbendaharaan 103(b) menyatakan Ketua Jabatan hendaklah menyelenggarakan satu daftar yang mengandungi perkara-perkara berikut kecuali:-

I           Tarikh bil diterima
II          Amaun bil
III        Tarikh baucar disediakan
IV        Tarikh cek disediakan
V         Butiran perkhidmatan/kerja bil

            A         I sahaja
            B          I dan V
            C         III sahaja
            D         IV sahaja
            E          V sahaja

17.              Cik Suriyati Ahmad Pembantu Tadbir N9 telah menyediakan baucar bayaran di bawah Arahan Perbendaharaan 96(a) untuk di agihkan kepada 20 penerima subsidi tanaman cili padi dengan jumlah RM200.00 seorang. Apakah tindakan yang perlu beliau lakukan selepas menerima cek bayaran tersebut daripada Pejabat Pembayar?

I           Menyimpan selamat cek yang belum sempat ditunaikan
II          Menunaikan cek tersebut untuk di agih-agihkan kepada penerima dalam masa 21 hari
III        Sekiranya tidak dapat diagihkan wang tunai tersebut dalam masa 14 hari, serta merta baki dimasukkan semula ke bank
IV        Selepas 14 hari daripada tarikh menerima cek tersebut, senarai tandatangan penerima perlu di kembalikan kepada pihak Audit Negara
V         Baki wang tunai yang tidak dapat diagihkan dalam tempoh 21 hari akan dilaraskan semula ke vot asalnya


A         I, II dan V
B          II dan III
C         III dan IV
D         IV dan V
E          Semua di atas

Bagi soalan 18, 19 dan 20 adalah berkaitan dengan kenyataan seperti berikut:

Petikan Surat jemputan

Persidangan Jurutera Awam Malaysia 19 hingga 22 Mac 2002 di Mentari Beach Resort, Langkawi


Tarikh
Masa
Aturcara
19 Mac 2002
2.00 ptg – 5.00 ptg
Pendaftaran Peserta
20 dan 21 Mac 2002
8.00 pagi – 5.00 ptg
Sesi Pembentangan Kerja
22 Mac 2002
8.00 pagi – 12.00 tgh
Resolusi Persidangan

2.00 ptg
Bersurai

Nota:-

1.                  Makanan disediakan oleh penganjur hanya pada hari sesi pembentangan kertas kerja sahaja dan bayaran pendaftaran adalah percuma
2.                  Lain-lain kos di tanggung sepenuhnya oleh pihak tuan
3.                  Bayaran sewa hotel RM140.00 ( meliputi cukai perkhidmatan 15% )

Encik Ahmadi bin Abdullah, Jurutera Gred J3 yang bertugas di Ibupejabat JKR Kuala Lumpur telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya untuk menghadiri persidangan tersebut. Enci Ahmadi bin Abdullah telah merangka perjalanannya seperti berikut:-

Pada 19 Mac 2002, menaiki teksi dengan bayaran RM50.00 sehala dari rumah di Subang Jaya pada jam 8.00 pagi dan sampai ke KLIA, jam 10.00 pagi. Penerbangan ke Langkawi selama 2 jam. Sampai di Lapanganterbang Langkawi pada jam 3.00 petang; terus menaiki teksi dengan kadar RM10.00 sehala ke Mentari Beach resort. Daftar masuk hotel jam 3.30 petang dan mendaftar sebagai peserta jam 4.30 petang. Daftar keluar hotel pada 22 Mac 2002 jam 2.00 petang. Sampai di rumah jam 6.00 petang.

Lain-lain maklumat had kelayakan Encik Ahmadi Abdullah:

            Elaun makan     :           RM40.00
            Elaun lojing       :           RM42.00
            Kadar sewa hotel :        RM125.00
            Perbelanjaan penerbangan ditanggung oleh jabatan
            Kelayakan minima Pendahuluan Diri :    RM500.00


18                Apakah jenis-jenis elaun yang tidak boleh di ambilkira bagi tujuan pengiraan amaun Pendahuluan Diri?

I           Elaun Perjalanan Kenderaan
II          Elaun Harian
III        Elaun Lojing
IV        Tambang Pengangkutan Awam
V         Tuntutan Pelbagai

A         I sahaja
B          I dan II
C         I, II dan III
D         I, II, III dan IV
E          Semua di atas


19                Berdasarkan perancangan perjalanan Encik Ahmadi bin Abdullah, nyatakan jumlah Pendahuluan Diri yang boleh diluluskan kepada beliau.

A         RM 445.50
B          RM 495.00
C         RM 594.00
D         RM660.00
E          Tidak diluluskan

20                Berapakah jumlah tuntutan elaun perjalanan Encik Ahmadi bin Abdullah?

A         RM 535.00
B          RM 580.00
C         RM 620.00
D         RM 680.00
E          RM 700.00


21                Kewajipan setiap pegawai yang menguruskan perolehan ialah membuat kajian pasaran dan perolehan. Kajian itu perlulah berdasarkan prinsip-prinsip berikut:


I           Akauntabiliti Awam
II          Diuruskan secara telus
III        Nilai faedah yang terbaik
IV        Saingan terbuka
V         Adil dan saksama

A         I, II dan III
B          I, II, III dan IV
C         I, III dan IV
D         II, IV dan V
E          Semua di atas

22                Syarikat JAJA Sdn. Bhd telah ditawarkan tender Jabatan Pendidikan Teknikal bagi kontrak membekal komputer yang bernilai RM220,000. Berapakah nilai bon perlaksanaan yang perlu di kemukakan?


A         RM  4,400.00
B          RM  5,000.00
C         RM  5,500.00
D         RM 11,000.00
E          RM 22,000.00

23                Kenyataan di bawah adalah benar mengenai perolehan secara gotong royong kecuali:


A         Tidak memerlukan pengetahuan atau kemahiran teknik
B          Had maksimum bagi melaksanakan projek adalah sebanyak RM100,000 di seluruh negara
C         Kerja mudah, memerlukan tenaga ramai dan tempoh penyiapan yang     tidak melebihi tujuh (7) hari
D         Bayaran di buat melalui pegawai yang di beri kuasa
E          Penyata kewangan hendaklah disediakan dalam tempoh sebulan selepas kerja-kerja disempurnakan

24                Kenyataan berikut adalah benar bagi pembelian melalui panjar wang runcit


I           Pembelian di buat untuk kegunaan segera
II          Harga barangan tidak melebihi RM500.00
III        Tiada dokumen pembelian diperlukan (memadai dengan resit sahaja)
IV        Pembelian di buat atas permintaan
V         Pesanan pembelian tempatan dikeluarkan


A         I dan II
B          I, II dan III
C         I, II, III dan IV
D         III, IV dan V
E          Semua di atas


 25                Puan Hamidah Wahab telah diberi kuasa secara bertulis oleh Pegawai Pengawal untuk mengendalikan panjar wang runcit dipejabatnya. Berikut adalah tanggungjawab beliau kecuali

A         Merekod dan mengemaskini buku tunai panjar
B          Menyedia baucer panjar dan baucar rekupmen panjar
C         Menyemak dan mengesah sijil perakuan panjar
D         Menyedia nota ambialih pengendalian panjar wang runcit
E          Menyedia sijil tahunan panjar wang runcit


26              Kaedah perolehan yang perlu diikuti oleh sesebuah agensi bagi perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai RM50,000.00 hingga RM100,000.00 setahun adalah:


A         Pembelian terus dari mana-mana syarikat
B          Pembelian terus daripada pembekal/syarikat bertaraf Bumiputera
C         Sebutharga di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) syarikat pembekal bertaraf Bumiputera
D         Sebutharga daripada sekurang-kurangya lima (5) syarikat berdaftar
E          Secara tender terbuka

27                Syarikat yang diiktiraf sebagai syarikat Bumiputera dalam perolehan kerajaan mestilah memenuhi kriteria berikut kecuali:


A         Sekurang-kurangnya 51% daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera di mana pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah melebihi saham individu bukan Bumiputera

B          Sekurang-kurangnya 51% ahli Lembaga Pengarah syarikat adalah Bumiputera

C         Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan-jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera

D         Pengurusan kewangannya hendaklah dikuasai oleh Bumiputera

E          Semua pekerja syarikat hendaklah terdiri dari Bumiputera




28        Pilih kenyataan yang betul mengenai proses terimaan 


I.                    Tiada sistem resit atau cara lain mengeluarkan resit boleh digunakan tanpa kelulusan bertulis daripada Akauntan Negara atau Pegawai Kewangan Negeri

II.                 Semua pulangan balik hasil yang terlebih dikutip atau tersalah kutip tidak perlu mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan

III.               Tiada sistem resit atau cara lain mengeluarkan resit boleh digunakan tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan

IV.              Semua pulangan balik hasil yang terlebih dikutip atau tersalah  kutip perlu mendapat kelulusan Akauntan Negara Malaysia/Bendahari Negeri

V.                 Seseorang pegawai boleh menerima wang awam dengan kebenaran bertulis dari Pemungut

A.            I dan II

          B.                                         I , II dan V

C.                                         I dan V
D.                                         II , III dan IV
E.                                          III , IV dan V



29                Apakah tindakan yang perlu diambil ke atas resit yang rosak ?


I           Dibatalkan dan disimpan
            II          Resit rosak beserta salinan dikemuakkan untuk diaudit
III        Dibatalkan dan dibuang
IV        Dimaklumkan kepada pembayar
V         Diberi kepada pembayar


A         I dan II
B          I , II dan III
C         II , III dan V
D         III, IV dan V
E          Semua diatas


30                Nyatakan perkara yang perlu dilakukan oleh pegawai yang menyemak Buku Tunai ( Kew 249 ) : -


I     Menyimpan Buku Tunai dengan selamat
II    Menandatangani ringkas dan catat tarikh setakat mana Buku Tunai disemak
III  Tentukan kod pengkelasan adalah betul
IV  Pastikan jumlah kutipan adalah tepat dan betul
V   Mengemaskini Buku Tunai

A         II , III dan IV
B          II , II dan V
C         II dan V
D         III , IV dan V
E          Semua diatas

31                Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada


I           Kumpulanwang Pembangunan
II          Kumpulanwang Pinjaman Perumahan
III        Kumpulanwang Amanah Kerajaan
IV        Deposit
V         Akaun Kena Bayar

A         I dan II
B          I, II dan III
C         I, II, IV dan V
D         III dan IV
E          Semua di atas

32                Kumpulan wang Pendahuluan Pelbagai digunakan bagi


A         Mendapatkan balik gaji  atau elaun yang terlebih bayar
B          Menyelesaikan kehilangan wang awam atau barang-barang awam atau kerana sebab-sebab lain sementara menanti penyiasatan dan penyelesaian muktamad
C         Pendahuluan kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk membeli kenderaan mengikut pekeliling yang berkaitan
D         Membiayai sesuatu aktiviti kementerian/jabatan yang tidak termasuk dalam anggaran belanjawan tahun semasa yang diluluskan dengan maksud tertentu oleh Perbendaharaan
E          Membayar ganjaran pekerja-pekerja kerajaan, surcaj yang dikenakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan tunggakan caruman K.W.S.P



33                Berikut adalah kenyataan yang betul bagi Penyata Terimaan dan Bayaran Akaun Amanah kecuali:

A         Disediakan pada 31 Disember
B          Pegawai Pengawal Akaun Amanah hendaklah dalam tempoh 60 hari menghantar sesalinan penyata yang telah diaudit bersama pemerhatian audit kepada Perbendaharaan dan Jabatan Akauntan Negara
C         Dihantar kepada Ketua Audit Negara sebelum 31 Mac tahun berikutnya
D         Mengandungi maklumat terperinci terimaan dan bayaran
E          Perlu disediakan semasa penutupan akaun amanah tersebut

34                Pada setiap bulan, pejabat perakaunan akan mengeluarkan laporan bulanan akaun amanah untuk disemak dan disesuaikan dengan rekod terimaan dan bayaran akaun  amanah Pusat Tanggungjawab. Tujuan utama pengesahan baki akaun adalah seperti berikut:

I           Memastikan semua urusniaga antara rekod pejabat perakaunan dengan rekod jabatan adalah selaras
II          Memastikan segala pelarasan dibuat dengan segera
III        Memastikan akaun amanah berbaki kredit
IV        Memastikan akaun amanah berbaki debit
V         Memastikan tidak ada terimaan dan pembayaran yang tersalah di  perakaunkan ke dalam akaun amanah

A         I sahaja
B          I, II, III dan IV
C         I, II, III dan V
D         II, III dan IV
E          Semua diatas


35                Nyatakan Kos Langsung dalam Sistem Perakaunan Mikro (SPM)

I           Kos tenaga kerja langsung
II          Kos bahan-bahan langsung
III        Kos aset tetap
IV        Kos kakitangan sokongan
V         Kos bekalan letrik dan bil telefon


A         I dan II
B          III , IV dan V
C         IV dan V
D         V sahaja
E          Semua di atas

36                Sistem Perakaunan Mikro di laksanakan bagi beberapa tujuan seperti berikut kecuali:

A         Untuk menentukan kos output yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan
B          Untuk membantu pihak pengurusan membuat perbandingan antara kos yang dirancang dan kos sebenar
C         Membantu pihak pengurusan meningkatkan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam
D         Meningkatkan kos output
E          Untuk mengenalpasti kos sesuatu output

37                Pilih kenyataan yang betul berkaitan Anggaran Tahunan Pihak Berkuasa Tempatan

I           Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah tidak lewat daripada sepuluh haribulan November tiap-tiap tahun meluluskan anggaran lengkap mengenai hasil dan perbelanjaan Pihak Berkuasa Tempatan itu bagi tahun kewangan yang berikut selepas sahaja daripadanya

II          Suatu salinan deraf anggaran itu hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap seorang Ahli majlis tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi Mesyuarat Khas anggaran belanjawan

III        Belanjawan yang telah diluluskan  oleh Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah di hantar kepada Pihak Berkuasa Negeri tidak lewat daripada dua puluh haribulan November dalam tahun itu

IV        Ringkasan Belanjawan sebagaimana yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri hendaklah disiarkan di dalam Warta  dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah terikat dengannya

A         I, II dan III
B          I, II dan IV
C         I, III dan Iv
D         II, III dan IV
E          Semua di atas

38                Berikut merupakan hasil Pihak Berkuasa Tempatan kecuali:

A.                 Cukai pintu kediaman dan perniagaan
B.                 Caruman bantu kadar daripada Kerajaan Negeri/Persekutuan
C.                 Sewa bangunan milik Pihak Berkuasa Tempatan
D.                 Cukai tanah di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
E.                  Semua faedah atau apa-apa wang yang dilaburkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan

39                Juruaudit manakah yang diberikuasa untuk mengaudit akaun Pihak Berkuasa Tempatan bagi sesuatu tempoh tahun kewangan?

A         Juruaudit yang di lantik oleh Datuk Bandar/Yang Di Pertua Pihak Berkuasa Tempatan

B          Juruaudit yang diputuskan dalam mesyuarat penuh Pihak Berkuasa Tempatan

C         Ketua Audit Negara atau Juruaudit lain yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri  atas syor Ketua Audit Negara

D         Juruaudit yang dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

E          Mana-mana Juruaudit yang bertauliah


40                Berikut merupakan Akta/Peraturan/Dokumen yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan di dalam menjalankan urusdan kewangan:

I           Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

II          Arahan Perbendaharaan

III        Pekeliling/Surat Pekeliling Persekutuan yang diterimapakai oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan

IV        Pekeliling/Surat Pekeliling Negeri yang diterimapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan

A         I sahaja
B          I dan II
C         I, II dan III
D         I, III dan IV
E          Semua di atas

No comments:

Post a Comment