1.
Berdasarkan AP309, pemeriksaan mengejut peti wang tunai
dan peti besi hendaklah dilakukan tidak kurang sekali dalam ………..
a. 1
bulan
b. 3
bulan
c. 6 bulan
d. 12
bulan
e. 24
bulan
2.
Kenyataan berikut adalah benar mengenai panjar wang
runcit kecuali
a. Hendaklah
mengemukakan Sijil Perakuan Panjar pada setiap akhir bulan.
b. Pemegang
panjar wang runcit hendaklah merekodkan semua perbelanjaan yang dibuat di dalam
Buku Panjar bagi maksud ianya diluluskan.
c. Pemegang
panjar hendaklah mendapat baucar yang disertakan dengan resit atau perakuan
daripada pegawai yang menuntut bayaran.
d. Perbelanjaan
segera yang dikeluarkan melalui panjar yang dibenarkan adalah tidak melebihi
RM500.00.
e. Setiap
jabatan yang memerlukan panjar wang runcit mesti mengemukakan permohonan kepada
Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
3.
Berikut adalah pihak berkuasa yang memberi kelulusan
untuk pelupusan dokumen wang awam, barang awam atau harta benda awam adalah
seperti berikut kecuali:
a. Jabatan
Akauntan Negara/Akauntan Negeri/Bendahari Negeri.
b. Ketua
Pengarah Arkib Negara
c. Ketua Audit Negara
d. Ketua
Pegawai Keselamatan Kerajaan
e. Penyimpan
Arkib Negeri Sabah/Kurator Muzium Negeri Sarawak
4.
Perkara yang perlu dilakukan oleh Ketua Jabatan apabila
terdapat kehilangan wang awam, barang awam atau harta benda awam adalah :
i.
Membuat laporan polis seberapa segera.
ii.
Mendapatkan laporan penyiasatan polis.
iii.
Menyediakan laporan awal seperti dalam Lampiran J
Arahan Perbendaharan.
iv.
Menyediakan laporan akhir seperti dalam Lampiran K
Arahan Perbendaharaan.
v.
Mengemukakan semua laporan kepada Ketua Setiausaha
Perbendaharaan.
A i, ii dan iii sahaja
B i, ii, iii dan iv sahaja
C i, ii dan iv sahaja
D ii, iii, iv dan v sahaja
E Semua di atas
5.
Berikut adalah kenyataan benar berhubung dengan
waran peruntukan :
i.
Dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia.
ii.
Mengandungi Program/Aktiviti dan Amanah atau Projek.
iii.
Kuasa berbelanja yang dibenarkan oleh Menteri Kewangan.
iv.
Kuasa berbelanja yang diberikan oleh Pegawai Pengawal.
v.
Instrumen yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan kepada
Akauntan Negara Malaysia
sebagai kuasa untuk membelanjakan wang.
A. i
dan ii sahaja
B. ii
dan iii sahaja
C. ii,
iii, iv dan v sahaja
D. ii dan iv sahaja
E.
iii, iv dan v sahaja
6.
Elaun gangguan dibayar kepada pegawai yang bertukar
wilayah pada kadar:
A. Setengah
bulan gaji hakiki.
B. Satu
bulan gaji hakiki.
C. Satu
setengah bulan gaji hakiki.
D. Dua
bulan gaji hakiki.
E. Dua
setengah bulan gaji hakiki.
7.
Berikut adalah merupakan antara sistem kawalan dalaman
peti besi atau bilik kebal yang telah dinyatakan di dalam Arahan Perbendaharaan
125 hingga 135 kecuali :
A. Peti
besi atau bilik kebal Kerajaan tidak boleh mengandungi lain daripada wang awam.
B. Ketua
pejabat yang ada peti besi di dalam jagaannya hendaklah menentukan, jika
praktik, bahawa peti besi itu dicantumkan dengan kukuhnya pada rangka bina
bangunan.
C. Suatu
rekod hendaklah disenggarakan ditiap-tiap pejabat menunjukkan peti besi atau
bilik kebal dalam mana anak kunci ganti itu disimpan, dengan rujukan mengenai
resit penyimpanannya.
D. Dalam
suatu pejabat yang ada bilik kebal, anak kuncinya hendaklah disimpan oleh dua
orang pegawai yang seorang daripadanya hendaklah berjawatan tidak rendah
daripada Kumpulan Sokongan Gred 22 atau yang setaraf dengannya.
E. Anak
kunci ganti bagi tiap-tiap peti besi atau bilik kebal mestilah dimasukkan ke
dalam sampul bermeteri yang pada sebelah luarnya hendaklah ditulis perihal
kandungannya, menunjukkan jabatan dan tempat simpanan baginya kunci itu
digunakan. Perihal ini hendaklah
ditarikh dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan itu.
8.
Tujuan penyata penyesuaian bank dibuat adalah untuk :
i.
Mengakaunkan cek terbatal.
ii.
Menentukan baki tunai sebenar.
iii.
Menguruskan semua jenis bayaran.
iv.
Mengesan kesilapan catatan bergu.
v.
Menunjukkan ketepatan rekod di buku tunai.
A. i
dan ii sahaja
B. ii dan v sahaja
C. iii
dan iv sahaja
D. iii
dan v sahaja
E. Semua
di atas
9.
Pilih kenyataan yang tidak benar mengenai resit
terimaan kerajaan yang dibatalkan.
A. Diceraikan daripada Buku Resit
B. Ditulis
dengan perkataan ‘Batal’
C. Dipalangkan
dengan dua garisan selari
D. Direkodkan
dalam Buku Tunai (Kew. 248/249)
E. Resit
yang dibatalkan itu dan salinan auditnya hendaklah dikemukan untuk pengauditan
Kira-kira Wang Tunai.
10.
Sekiranya berlaku lebihan sewaktu proses mengimbangkan
buku-buku kutipan dengan wang tunai yang dipungut pada hari berkenaan, apakah
tindakan yang mesti dilakukan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 75 ?
A. Mestilah dikreditkan serta merta kepada Akaun Tergantung dimana pemungut berkhidmat dan mestilah dilaporkan kepada ketua jabatan tempatan.
B. Mestilah dikreditkan serta merta kepada Akaun Terimaan Tidak Diperuntukkan dimana pemungut berkhidmat dan mestilah dilaporkan kepada ketua jabatan tempatan.
C. Mestilah dikreditkan serta merta kepada Akaun Amanah Khas dimana pemungut berkhidmat dan mestilah dilaporkan kepada ketua jabatan tempatan.
D. Mestilah dikreditkan serta merta kepada Akaun Belum Terima dimana pemungut berkhidmat dan mestilah dilaporkan kepada ketua jabatan tempatan.
E. Mestilah dikreditkan serta merta kepada Akaun Hasil Kerajaan dimana pemungut berkhidmat dan mestilah dilaporkan kepada ketua jabatan tempatan.
11.
Pilih kenyataan yang betul mengenai pengeluaran
resit.
i.
Resit rasmi mesti dikeluarkan sebagai akuan terima
wang.
ii.
Resit mesti dikeluarkan pada masa urusan bayaran dibuat
oleh pembayar.
iii.
Pindaan ke atas resit adalah dilarang sama sekali.
iv.
Resit bagi wang yang diterima melalui pos hendaklah
dihantar kepada pembayar pada hari itu juga.
v.
Resit yang rosak tidak boleh dimusnahkan tetapi mesti
dibatalkan dan disimpan.
i. i, ii dan iii sahaja
A. i,
ii, iii dan iv sahaja
B. i,
ii dan iv sahaja
C. i,
iii, iv dan v sahaja
D. Semua
di atas
12.
Semua kenyataan di bawah adalah benar mengenai prosidur
penyediaan penyata pemungut dan proses memasukkan pungutan ke dalam bank kecuali :
A.
Nombor dan amaun setiap keping cek mestilah ditunjukkan
pada penyata pemungut tersebut.
B.
Amaun setiap satu masukan hendaklah dicatatkan dalam
Buku Tunai pada hari yang sama.
C.
Setiap penyata pemungut yang diterima oleh
Perbendaharaan atau Perbendaharaan Kecil hendaklah disah terima dengan resit
rasmi.
D.
Sekiranya tiada pungutan yang dibuat dalam
sesuatu tempoh akaun yang telah di
tetapkan maka tiada sebarang laporan atau penyata yang perlu dihantar.
E.
Penyata pemungut mestilah dihantar pada akhir tempoh
akaun bulanan atau mengikut tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh Akauntan Negara atau Bendahari Negeri.
13.
Berdasarkan Arahan Perbendaharaan 118(C), cek terbatal
yang tidak dituntut hendaklah dikreditkan kepada Akaun Hasil Pelbagai dalam
tempoh………..
dari
tarikh cek dikeluarkan.
B.
2 Tahun
C.
4 Tahun
D.
6 Tahun
E.
8 Tahun
F.
10 Tahun
14.
Berapa lamakah tempoh minimum bagi menyimpan penyata
pemungut termasuk resit pendua disediakan secara manual, mesin, computer atau
dalam apa bentuk sekalipun atau yang direkod dan disimpan secara mikro grafik
atau media elektronik lain?
A.
1 Tahun
B.
3 Tahun
C.
7 Tahun
D.
8 Tahun
E.
12 Tahun
15.
Bentuk bayaran yang boleh diterima oleh jabatan
Kerajaan adalah:
i)
cek syarikat atas budi bicara pemungut
ii)
pembayaran melalui perbankan internet
iii)
setem hasil atas kebenaran Ketua Setiausaha
Perbendaharaan
iv)
mata wang asing
A.
i dan ii sahaja
B.
i, ii dan iii sahaja
C.
i, ii dan iv sahaja
D.
i dan iii sahaja
E.
semua di atas
16.
Di atas kecemerlangannya di dalam menjalankan tugas, En
Yahaya bin Mamat, Penolong Akauntan Gred W27, berada di mata gaji P3 T26 (RM2,727.82) telah ditawarkan
untuk memangku jawatan Penolong Akauntan Gred W32 dengan tujuan untuk kenaikan
pangkat. Beliau di tempatkan di Jabatan
Penernagan Malaysia Sabah. Berikut
adalah sebahagian daripada jadual gaji Penolong Akauntan Gred W32 :-
|
T1
|
T2
|
T11
|
T12
|
T13
|
P1
|
1,932.85
|
2,011.50
|
2,719.35
|
2,798.00
|
2,876.65
|
P2
|
2,101.04
|
2,186.95
|
2,960.14
|
3,046.05
|
3,131.96
|
Berdasarkan
Pekeliling Bil. 7 Tahun 1993 : “Peraturan Mengenai Pemangkuan dan Penanggungan
Kerja”, berapakah jumlah elaun memangku
yang layak diterima oleh En. Yahaya bin Mamat?
A. RM 70.18
B.
RM 78.65
C.
RM 85.91
D.
RM 626.78
E.
RM 794.97
17.
Dr. Azizah bt Abdul Kadir merupakan seorang doctor Gred
U48 yang bertugas di Hospital Kuala
Lumpur. Beliau
diarahkan menanggung kerja Dr. David Lim bagi gred yang sama kerana berkursus
mulai 1.2.2004 hingga 15.7.2004. Berikut
adalah maklumat mengenai gaji Dr. Azizah bt Abdul Kadir dan Dr. David Lim:
1.
Gaji Dr. Azizah bt Abdul Kadir adalah pada tangga P1 T5
RM 4,574.67
2.
Gaji Dr. David Lim adalah RM 5,115.54
3.
Gaji permulaan bagi jawatan yang ditanggung kerja
adalah RM 3,853.51
Berapakah
jumlah elaun tanggung kerja yang patut diterima oleh beliau dalam tempoh
penanggungan tersebut?
A.
RM 3,878.47
B.
RM 5,298.59
C.
RM 6,289.97
D.
RM 7,033.84
E.
RM 7,064.75
18.
En. Yusof bin Osman, Pembantu Akauntan Gred W22
berkhidmat di Jabatan Penerangan Malaysia
Sabah, berada pada tangga gaji P2 T11, iaitu
gaji yang diterima adalah sebanyak RM 2,422.90.
Beliau telah dinaikkan pangkat secara lantikan (KPSL) ke jawatan
Penolong Akauntan, Gred W27, serta di tempatkan di Jabatan yang sama. Berikut adalah sebahagian daripada jadual
gaji Penolong Akauntan Gred W27 :
|
T1
|
T2
|
T24
|
T25
|
T26
|
P1
|
967.27
|
1,020.51
|
2,268.02
|
2,346.67
|
2,425.32
|
P2
|
1,022.93
|
1,078.59
|
2,409.59
|
2,491.87
|
2,574.15
|
P3
|
1,081.01
|
1,139.09
|
2,556.00
|
2,641.91
|
2,727.82
|
Maklumat tambahan
Tangga gaji P2 T10 bagi Pembantu Akauntan
Gred W22 adalah RM 2,336.99
Merujuk
Pekeliling Awam Bil 1 Tahun 2003 : Kaedah penetapan gaji permulaan Pegawai yang dinaikan Pangkat
Secara Lantikan (KPSL) di bawah Sistem Saraan Malaysia, tentukan gaji yang layak
ditawarkan kepada beliau.
A. P1T26 RM
2,425.32
B. P2T25 RM
2,491.87
C. P3T24 RM
2,556.00
D. P2T26 RM
2,574.15
E. P3T25 RM 2,641.91
Soalan 19 dan 20 adalah berkaitan dengan
keterangan berikut :
Encik Zaini bin
Ujang adalah Akauntan W41 menanggung kerja Akauntan W48. Beliau bercadang membuat pinjaman
kenderaan. Mengikut Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1993 di antara syarat yang melayakkan seseorang
pegawai membuat pinjaman kenderaan adalah jumlah potongan bulanan tidak
melebihi 60% dari jumlah pendapatan.
Beikut adalah
maklumat gaji terkini beliau :-
PENDAPATAN RM POTONGAN RM
Gaji Kakitangan
Awam 2,678.60 Cukai Pendapatan 100.00
Elaun Tanggung
Kerja 1,136.19 Angkasa 423.87
Elaun Khidmat
Awam 170.00 Tabung Haji 200.00
Imbuhan Tetap
Perumahan 165.00 MNI 100.00
Bayaran Saguhati
Khas 150.00 PPZ 112.00
19.
Berdasarakan maklumat di atas berapakah jumlah had
maksima potongna bulanan bagi membolehkan pinjaman tersebut diluluskan?
A.
RM 1,808.16
B.
RM 1,898.16
C.
RM 2,288.87
D.
RM2,489.87
E.
RM 2,579.87
20.
Sekiranya potongan pinjaman kenderaan beliau RM 672.29
sebulan berapakah jumlah potongan pendapatan yang baru?
A.
RM 1,308.16
B.
RM 1,408.16
C.
RM 1,508.16
D.
RM 1,608.16
E.
RM 1,708.16
21.
Seseorang kakitangan kerajaan yang berasal dari Miri,
Sarawak dan bertugas di Kuching, Sarawak telah diberi kelulusan untuk cuti
bergaji penuh bagi melanjutkan pelajaran di Univesiti Malaysia Sarawak. Elaun-elaun emolumen yang layak diterimanya
adalah :
i)
Bayaran Insentif Wilayah
ii)
Elaun Perumahan Wilayah
iii)
Imbuhan Tetap Perumahan
iv)
Imbuhan Tetap Khidmat Awam
A.
i dan ii sahaja
B.
i, ii dan iv sahaja
C.
iii dan iv sahaja
D.
iv sahaja
E.
semua di atas
22.
Apakah syarat-syarat yang membolehkan kerja lebih masa
dibayar?
i)
kerja-kerja kecemasan
ii)
kerja yang penting sehinggakan tidak boleh ditunda kepada
keesokkan harinya
iii)
kerja-kerja yang dikehendaki dilakukan oleh pegawai
melebihi daripada bidang tugas.
iv)
Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa yang
terhad.
A.
i sahaja
B.
i dan ii sahaja
C.
i, ii dan iii sahaja
D.
i, ii dan iv sahaja
E.
semua di atas
23.
Pada bulan Januari 2004 Pn. Saadiah bt Safiee, Pembantu
Tadbir N17 telah diarahkan oleh Ketua Jabatan beliau untuk melakukan kerja
lebih masa memandangkan jabatan beliau sedang membuat persediaan bagi
persidangan bertaraf antarabangsa. Di
samping menjalankan tugas beliau, beliau juga menanggung kerja seorang Pembantu
Tadbir yang lain yang sedang cuti bersalin.
Gaji pokok Pn. Saadiah adalah RM 1,095.53 manakala gaji permulaan jwatan
yang ditanggung adalah RM 656.30. Jadual
berikut merupakan masa kerja lebih masa beliau bagi bulan berkenaan. Berapakah jumlah tuntutan elaun lebih masa
Pn. Saadiah bagi bulan Januari 2004?
TARIKH
|
MASA KERJA LEBIH MASA
|
JUMLAH (JAM)
|
6.1.04 (Selasa)
|
4.45 ptg-8.45 mlm
|
4
|
13.1.04 (Selasa)
|
4.45 ptg-9.45 mlm
|
5
|
15.1.04 (Khamis)
|
4.45 ptg-10.45 mlm
|
6
|
16.1.04 (Jumaat)
|
4.45 ptg-9.45 mlm
|
5
|
18.1.04 (Ahad)
|
10.00 pg-2.00 ptg
|
4
|
19.1.04 (Isnin)
|
4.45 ptg-12.45 mlm
|
8
|
20.1.04 (Selasa)
|
4.45 ptg-11.45 mlm
|
7
|
21.1.04 (Rabu)
|
4.45 ptg-12.45 mlm
|
8
|
|
Jumlah
|
47
|
A.
RM 183.09
B.
RM 189.66
C.
RM 226.51
D.
RM 277.59
E.
RM 285.47
24.
Manakah kenyataan yang
tidak benar mengenai Arahan Perbendaharaan 59?
A.
Perkhidmatan atau barangan yang dibekalkan dengan
sucihati
B.
Bayaran dibayar dengan segera tetapi mesti
dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Amanah atas nama pegawai berkenaan /
Pegawai Pengawal
C.
Pengawai Pengawal hendaklah membuat laporan secara
bertulis atas sebab-sebab tertentu Ketua Setiausaha Perbendaharaan / Pegawai
Kewangan Negeri tidak lewat daripada 60 hari.
D.
Mesti mendapat kelulusan pelarasan daripada
Akauntan Negeri atau Bendahari Negeri.
E.
Satu pelarasan pendahuluan diri hendaklah disediakan
sebaik sahaja kelulusan diperolehi.
25.
Di antara maklumat yang perlu direkodkan dalam buku
Daftar Bil adalah :
i)
tarikh bil diterima
ii)
amaun bil
iii)
tarikh baucar disediakan
iv)
tarikh cek disediakan
v)
nombor cek
A.
i dan ii sahaja
B.
i, ii dan iii sahaja
C.
i, ii, iii dan iv sahaja
D.
i, ii,iii dan v sahaja
E.
Semua di atas
26.
Apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh
Pejabat Pemungut apabila menerima cek tak laku?
i)
menyelenggarakan Daftar Cek Tak Laku
ii)
menyediakan baucar posting untuk membatalkan kemasukan
urusniaga asal
iii)
menyelaraskan balik ke dalam buku tunai cerakinan dan
akaun hasil / amanah berkenaan
iv)
menghubungi pembayar cek secepat mungkin bagi
menggantikan cek tak laku
v)
menghubungi pembayar cek secepat mungkin untuk
memberitahu mengenai pembatalan resit asal.
A.
i, ii, iii dan iv sahaja
B.
i, ii, iv dan v sahaja
C.
i, iii, iv dan v sahaja
D.
ii, iii, iv dan v sahaja
E.
semua di atas
27.
En Almain Ajirul, Pembantu Tadbir (Kewangan), Hospital
Kuala Lumpur (HKL) sedang menyediakan baucar bayaran bernilai RM 55,000.00 kepada
Syarikat Usaha Teguh Sdn Bhd yang melaksanakan kerja mengubahsuai pejabat. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan
bersama-sama dengan baucar bayaran tersebut?
i)
Inbois
ii)
Inden Kerja / pesanan kerja tempatan
iii)
Sebut Harga bagi kerja yang dibuat
iv)
Sijil Pendaftaran syarikat dengan Pusat Khidmat
Kontraktor di bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan
v)
Sijil Pendaftaran syarikat dengan Pihak Berkuasa
Tempatan
A.
i, ii, iii dan iv sahaja
B.
i, ii, iv dan v sahaja
C.
i, iii, iv dan v sahaja
D.
i, iv dan v sahaja
E.
Semua di atas
28.
En Azim bin Jamaludin seorang Penolong Akauntan Gred
W32 di Jabatan Akauntan Negara Putrajaya mengikut kursus perolehan di Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara mulai 5 hingga 8hb April 2004. Berikut adalah data-data berkaitan En Azim
dan kursus tersebut :
a. beliau menetap di Seksyen 8, Shah Alam
b. beliau bertolak dari rumah pada pukul 7.30 pagi setiap hari dan pulang ke rumah pada pukul 4.30 petang
c. jarak daripada Bukit Kiara ke Putrajaya adalah 50km dengan bayaran tol sebanyak RM 3.00
D. jarak daripada Shah Alam ke Bukit Kiara
adalah 30km manakala bayaran tol
adalah RM1.00
E. beliau
layak menuntut elaun perjalanan kenderaan bagi kelas A iaitu sebanyak 60 sen/km
F. kursus
bermula pada pukul 9.00 pagi
Berapakah elaun
perjalanan kenderaan yang layak beliau tuntut?
A. RM
38.00
B. RM
66.00
C. RM
118.00
D. RM
152.00
E. RM
264.00
Soalan 29 dan 30
adalah berdasarkan kenyataan di bawah.
En. Salatulkamar Mohd Nazir, seorang Ketua Akauntan W48 di Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Putrajaya telah diarahkan bertukar ke Jabatan
Akauntan Negara Caw Kuching, Sarawak mulai 1 April 2004. Beliau telah melaksanakan pertukaran tersebut
pada 31 Mac 2004 bersama seorang isteri dan 3 orang anaknya ynag berumur di
bawah 12 tahun. Tambang perjalanan serta
tambang pengangkutan barang telah dibiayai oleh Kementerian. Beliau telah menginap di Hotel Hilton
Kuching. Berikut adalah maklumat
tambahan mengenai beliau :
Elaun Makan : Semenanjung - RM60.00
Sabah/Sarawak - RM80.00
Elaun
Lojing : Semenanjung - RM60.00
Sabah/Sarawak - RM70.00
Bayaran
Sewa Hotel : Semenanjung - RM180.00
Sabah/Sarawak - RM200.00
29.
Apakah elaun yang layak dituntut oleh En Salatulakmar?
i)
elaun makan
ii)
elaun lojing
iii)
elaun lebih masa
iv)
bayaran sewa hotel
v)
bayaran dobi
A.
i dan ii sahaja
B.
i, ii dan iii sahaja
C.
i, ii dan iv sahaja
D.
i, ii dan v sahaja
E.
i, ii, iv dan v sahaja
30.
Berapakah elaun yang layak dituntut oleh beliau?
A.
RM 2,900
B.
RM 3,520
C.
RM3,760
D.
RM 4,080
E.
RM 4,800
31.
Pada 14 Mac 2004, Pejabat Pembayar telah menerima
baucar bayaran AP58(a) yang lengkap bertarikh 6 Mac 2004 berjumlah RM
5,800.00. Walaupun Jabatan mempunyai
baki peruntukan yang mencukupi dalam tahun perbelanjaan itu kena bayar Pejabat
Pembayar tidak berpuashati dengan sebab-sebab kelewatan yang dinyatakan oleh
pihak jabatan. Dalam keadaan ini, apakah
tindakan yang perlu diambil oleh Pejabat Pembayar?
A.
pembayaran dibuat menggunakan peruntukan semasa.
B.
Mengarahkan jabatan supaya membuat pembayaran di bawah
Arahan Perbendaharaan 59
C.
Memaklumkan perkra tersebut kepada Ketua
Setiausaha Perbendaharaan/Pegawai Kewangan Negeri untuk mendapat kelulusan dan
arahan selanjutnya.
D.
Meluluskan bayaran di bawah AP 58(a) dengan menggunakan
peruntukan tahun semasa
E.
Meluluskan bayaran di bawah Akaunt Kena Bayar dengan
menggunakan peruntukan tahun lepas.
32.
Kontraktor yang telah ditawarkan kontrak kerja oleh
Jabatan boleh memohon bayaran pendahuluan untuk memulakan kerja-kerja
tersebut. Apakah dokumen-dokumen yang
perlu dikemukakan oelh kontraktor sebelum pihak jabatan boleh meluluskan
bayaran pendahuluan?
i)
surat
setuju terima yang telah ditandatangani
ii)
keputusan Lembaga Perolehan
iii)
Bon Pelaksanaan
iv)
Jaminan Bank/Insuran/Syarikat Kewangan yang nilainya
bersamaan dengan jumlah pendahuluan
v)
Polisi Insuran untuk kerja dan tanggungan awam
A.
i, ii dan iii sahaja
B.
i, ii dan iv sahaja
C.
i, ii, iii dan iv sahaja
D.
i, iii, iv dan v sahajaas
E.
Semua di atas
33.
Berikut adalah kenyataan yang betul mengenai tempoh
tanggungan kecacatan bagi kontrak kerja kecuali:
A.
kontrak kerja yang bernilai di antara RM 10,000 hingga RM 50,000 adalah
selama 6 bulan dari tarikh kerja
diperakukan siap
B.
kontrak kerja yang bernilai di antara RM 10,000 hingga RM 50,000 adalah
selama 12 bulan dari tarikh kerja
diperakukan siap
C.
kontrak kerja yang bernilai melebihi RM 50,000 hendaklah sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh kerja diperakukan
siap
D.
kontrak kerja antarabangsa hendaklah
sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh kerja diperakukan siap
E.
kerja subkontrak adalah mengikut ketetapan di dalam
kontrak utama
34.
Dokumen-dokumen Akaun Amanah berikut perlu disediakan
pada setiap akhir bulan :
i)
Buku Akaun Amanah
ii) Sijil
Pengesahan Baki Akaun Amanah
iii) Penyata
Penyesuaian Akaun Amanah
iv) Penyata
Terimaan dan Bayaran Akaun Amanah
A.
i dan ii sahaja
B.
i, ii dan iii sahaja
C.
ii dan iii sahaja
D.
iii sahaja
E.
iii dan iv sahaja
35.
Sijil Pengesahan Baki bagi semua Akaun Amanah perlu
disediakan dan dikemukakan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) kepada Pejabat
Perakaunan masing-masing. Tujuan utama
pengesahan baki adalah untuk memastikan :
i)
semua urusniaga adalah selaras antara rekod Jabatan
dengan rekod Pejabat Perakauan
ii)
tiada terimaan dan pembayaran yang tersalah
diperakaunkan
iii)
segala pelarasan dibuat segera
iv)
Akaun Amanah tidak terlebih dikeluarkan
v)
Akaun Amanah hendaklah sentiasa berbaki kredit
A.
I dan ii sahaja
B.
I, ii dan iii sahaja
C.
I, ii, iii dan iv sahaja
D.
I, iii dan iv sahaja
E.
Semua di atas
36.
Perkara berikut adalah benar mengenai sesuatu
penyenggaraan akaun deposit kecuali:
A.
Akaun Deposit hendaklah dibuka mengikut jenis deposit yang
diterima
B.
Sekiranya tidak dapat mengemukakan resit asal, penuntut
perlu mengemukakan surat
sumpah semasa membuat tuntutan
C.
Deposit tidak boleh dipulangkan balik di sesuatu
pejabat yang lain dari pejabat di mana deposit itu diterima melainkan dengan
kebenaran pejabat yang menerima
D.
Sebelum membuat sesuatu pemulangan rujukan hendaklah
dibuat kepada Lejar Deposit untuk memastikan amaun tersebut ada dalam deposit
E.
Jika tiada sebab-sebab khas sebaliknya,
deposit yang tidak dituntut selepas tempoh 24 bulan dari tarikh deposit boleh
dikembalikan hendaklah diberitahu dalam Warta
Kerajaan
37.
Mengapakah penyesuaian vot perlu dilakukan?
i)
boleh mengesan perbelanjaan yang tidak dibenarkan
ii)
memastikan perbelanjaan direkod dengan teratur dan
semua peruntukan diuruskan dengan betul
iii)
boleh membantu pengurusan membuat keputusan
iv)
memastikan ketepatan perbelanjaan Persekutuan atau
Negeri
A.
i sahaja
B.
i dan ii sahaja
C.
ii dan iii sahaja
D.
ii, iii dan iv sahaja
E.
Semua di atas
38.
Pilih mana yang betul
mengenai kaedah perolehan kerajaan persekutuan
i)
Perolehan darurat
ii)
Perolehan secara gotong-royong
iii)
Perolehan melalui panjar runcit
iv)
Perolehan melalui perkhidmatan perundingan
v)
Perolehan melalui tender
A.
i dan ii sahaja
B.
ii dan iii sahaja
C.
ii, iii dan iv sahaja
D.
v sahaja
E.
Semua di atas
39.
Pilih kenyataan yang benar mengenai perolehan secara
sebut harga.
A.
Perolehan melalui sebut harga tidak memerlukan kajian
pasaran
B.
Melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bl 2/2001 had
nilai perolehan secara sebut harga telah dinaikkan daripada RM 100,000 kepada
RM 150,000
C.
Perolehan kerja-kerja kecil atau pembaikan yang tidak
mengubah struktur asal yang dianggarkan melebihi RM 100,000 boleh dibuat
berdasarkan JADUAL Kadar Harga Kejuruteraan Awam.
D.
Perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi
RM 100,000 hendaklah dipelawa di kalangan 5 syarikat bertaraf bumiputra yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan
E.
Perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi
RM 50,000 hingga RM 100,000 hendaklah dipelawa secara sebut harga di kalangan 5
syrikat Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
40.
Jabatan Pelajaran Cawangan Johor mempunyai peruntukan
sebanyak RM 80,000 di bawah objek 35000 dan pihak pengurusan ingin melakukan
baik pulih ruang pejabat secara sebut harga.
Manakah kenyataan yang tidak
benar mengenai prosidur mengurus sebut harga yang dilakukan oleh Jabatan
tersebut?
A.
Jabatan telah mengiklan tawaran tersebut di
dalam media cetak
B.
Pemberitahuan sebut harga meliputi nama jabatan yang
memanggil, tajuk sebut harga, syarat kelayakan, bidang/kelas/kepala pendaftaran,
tempat dan tarikh serta waktu sebut harga diterima dan tarikh tutup
C.
Tempoh sebut harga sekurang-kurangnya 7 hari
D.
Satu jawatankuasa sebut harga yang dianggotai
sekurang-kurangnya 3 orang
E.
Dipelawa kepada semua syarikat berdaftar dengan Pusat
Khidmat Kontraktor.
( sila cari
jawapan yang tiada jawapan. – ( jawapan
adalah bertanda bold & itelic)
No comments:
Post a Comment